Gempa Bumi Di Kundasang

Filed under: by:
Share

Salam semua..

Sedang asyik saya membaca berita di laman web BERITA HARIAN, saya terkejut dengan berita terbaru iaitu Gempa Bumi berlaku di Kundasang.

Jarang sekali gempa bumi nak berlaku di Malaysia ni kan? Namun mengikut sumber yang saya baca, gempa bumi tersebut hanyalah gempa bumi yang lemah dan hanya berukuran 3.4 skala Richter. Ianya berlaku kira-kira jam 6.23 petang.

Wah..teringat kenangan apabila bercuti di Sabah bulan lepas. Kalau jam 6.23 petang, maknanya waktu kat sana dah nak masuk maghrib. Macam manalah agaknya suasana masa tu yer?Tambahan daripada berita tersebut, pusat gempa bumi berlaku lebih kurang 11 kilometer dari Barat Ranau.

Ok lah, alang-alang kita bercerita tentang gempa bumi, episod kali ini saya akan berkongsi dengan anda fakta-fakta yang berkaitan dengan gempa bumi. Jom Baca..



Apa itu gempa bumi?

Gempa bumi merupakan hasil tenaga yang dilepaskan secara mengejut disebabkan perubahan dalam kerak bumi. Perubahan ini menyebabkan tanah bergegar and menghasilkan gegaran yang bergerak keluar daripada titik tumpu gempa. Titik tumpu merupakan lokasi "punca" di dalam tanah di mana tenaga gempa bumi dibebaskan. Lokasi di atas tanah pada titik tumpu gempa bumi dikenali sebagai 'epicenter'.

Gempa bumi lebih kerap dijumpai di kawasan pinggiran plak tetonik, di mana pergeseran antara kepingan kerak bumi atau letupan gunung berapi akan menyebabkan peralihan tanah yang besar. Peralihan tanah yang besar secara mengejut ini akan menyebabkan berlakunya gempa bumi. Antara kawasan yang kerap mengalami gempa bumi adalah sekitar Cincin Api Pasifik. "Pacific Ring of Fire". Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tetonik. Negara Indonesia yang merupakan jiran Malaysia, turut mempunyai beberapa gunung berapi yang aktif dan kawasan yang berhampiran gunung berapi sering turut mengalami gempa bumi.



Punca gempa bumi.

Gempa bumi terhasil oleh proses alam semulajadi mengejut seperti letupan gunung berapi, dan hentaman meteor. Bagaimanapun gempabumi kebanyakannya disebabkan oleh pembebasan mengejut tekanan yang terkumpul dalam tempoh panjang dalam batu jauh di bawah permukaan bumi. Tekanan ini mungkin berpunca daripada pergerakan plat tetonik sepanjang garis rekahan, dan lantunan glasiar yang dikenali sebagai "isostatic".

Kerak bumi boleh membengkok dan berlipat. Ketika proses ini berlaku, batu-batan yang keras akan pecah kepada blok sepanjang zon lemah. Apabila dua bahagian batu berselisih secara melintang atau menegak, pergerakan ini dikenali sebagai "faulting". "Faulting" boleh berlaku pada skala yang kecil atau berskala besar. "Faulting" pada skala kecil biasanya berlaku jauh di bawah tanah dan tidak kelihatan ketara pada permukaan bumi.

Lantunan "Iisostatic" merupakan satu lagi punca gempa bumi. Lantunan "Iisostatic" merujuk kepada tanah yang terbenam ditindih lapisan air batu yang tebal dan berat, melantun naik semula disebabkan lapisan air batu yang terkumpul di bahagian atas telah cair atau beralih. Pergerakan lantunan "Iisostatic" akan terus berlaku, menyebabkan gempa bumi sehinggalah selagi tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.

Gempabumi juga boleh disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembinaan empangan yang berskala besar. Jumlah isipadu air yang terkumpul menyebabkan tekanan tinggi pada lapisan bumi di dasar empangan menyebabkan berlakunya lantunan "Iisostatic" yang menyebabkan berlakunya gempa bumi sehinggalah tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.



Bagaimana gempa bumi diukur?

Gegaran seismic yang dihasilkan oleh gempa bumi direkodkan oleh satu peralatan khas yang dipanggil "seismograf". Bacaan daripada 3 seismograf paling minima yang terletak pada lokasi yang berlainan mesti di ukur untuk menentukan titik tumpu gempa bumi. Bacaan seismograf juga boleh digunakan untuk menentukan saiz gempa bumi.

Saiz gempa bumi yang di ukur dengan seismograf diberikan menurut skala Richter. Skala Richter merupakan ukuran logarithmik. Ini bererti gegaran bersaiz 3 skala Richter mempunyai 10 kali ganda lebih kuat berbanding gempa bumi yang bersaiz 2 skala Richter.

Kekuatan gempa bumi boleh di ukur mengikut definasi atau pengalaman manusia dengan menggunakan skala Mercalli yang diubahsuai. Skala Mercalli yang diubahsuai mengukur gempa berdasarkan jumlah kerosakan pada bangunan dan kemusnahan harta benda.

Gempa bumi yang berlaku di dasar laut juga mampu menghasilkan gelombang air laut yang besar yang dikenali sebagai "tidal wave" atau "tsunami". Gelombang ombak besar tsunami ini akan menghentam kampung atau bandar berhampiran dengan laut dan mengakibatkan kerosakan dan kehilangan jiwa yang besar.


Inilah seismograf

Sape boleh baca apa maksud tulisan nie? Huhu encem


3 comments:

On July 24, 2009 at 7:23 AM , din3187 said...

salam din, betul ka? rumate aku tanyer mane url berita ni?

 
On July 24, 2009 at 11:05 AM , din3187 said...

salam..hye...betul ker ada?..sy kat ranau tak dengar pa pa pon...jom g blog sy k...kita tukar link

 
On July 24, 2009 at 12:34 PM , din3187 said...

ops...lupa nak masukkan..meh tengok kat sini yer.. [+] http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090723205311/Article

 

Comments