Jom ke Laman Din3187.com

Filed under: by:
Share

Salam semua..


Wah..hampir terlupa saya nak maklumkan di laman blog ini. Buat pengunjung laman blog din3187, saya telah bertukar domain ke http://www.din3187.com . Jemputlah ke laman blog baru saya yer.. ada kad hari raya aidilfitri untuk anda semua.. peace


Read More..

Kaabah Kiblatku

Filed under: by:
Share

Salam semua..

Pejam celik pejam celik dah masuk puasa ke 5 hari ni kan? Semoga Allah swt memberi kita kekuatan untuk meneruskan ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini. Baiklah, hari ini saya nak membawa anda mengenal lebih dekat tempat kiblat kita selama ini. Dimana lagi kalau bukan Kaabah kan? Jom baca lebih lanjut...

Saiz Kaabah:

*Tinggi Kaabah ialah 39 kaki, 6 inci dan keseluruhannya saiznya ialah 627 kaki persegi.
*Bilik di dalam Kaabah ialah 13X9 meter.
*Dinding Kaabah adalah seluas satu meter.
*Lantai di dalam ialah 2.2 meter lebih tinggi daripada tempat orang ramai mengerjakan tawaf. *Siling dan bumbung diperbuat daripada kayu.
*Dindingnya diperbuat daripada batu.
*Dinding di dalam tidak dikilat manakala yang di luar adalah berkilat.
*Bangunan kecil ini dibina dan dibina semula oleh Rasul-rasul Adam, Ibrahim, Ismail dan -Muhammad. Tiada bangunan lain mempunyai penghormatan ini.

Adakah anda mengetahui Kaabah pernah dilanda oleh malapetaka seperti bah selain serangan manusia?

Nama-nama Kaabah:
Dalam bahasa Arab, Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga bermakna kiub. Nama-nama lain adalah:

*Bait ul Ateeq - bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka. Kedua-dua makna boleh diterima.
*Bayt ul Haram - rumah dihormati. Kaabah dibina semula 12 kali.

Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as).

Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Ismail (as) membina semula Kaabah.

Ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: -

#Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci -
#Dinding Hatim adalah 33 kaki -
#Dinding antara hajar aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki -
#Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW).

Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraisy.

Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul. Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah. Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu hajar aswad itu.

Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan. Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad," jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju. Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.




Read More..

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Filed under: by:
Share

Salam semua..

Macam mana puasa anda hari ini? Letih? Ala..sikit je tu..Tapi yang penting puasa tau..jangan tak puasa.. kenyit

Bersempena dengan hari yang mulia ini, saya ingin memberi kad salam ramadhan untuk semua pengunjung blog saya..Haa..ingat kad raya je ker yang ada? Kad puasa pun ada tau..hehe..

Jangan segan silu amik kad dibawah yer.. Upin dan Ipin pun puasa tau..peace








Read More..

Tahniah kepada Pesilat UPSI

Filed under: by:
Share

Salam semua..

Maaf dah lama tak update..baru-baru ni saya pergi Sarawak tau. Ada pertandingan Silat Cekak Hanafi di sana. Alhamdulillah, ada rezeki juga pergi Sarawak yer..

Kami bertolak dari UPSI pada khamis malam jumaat ( 13 Ogos 2009 ), sampai airport LCCT nak dekat tengah malam..mula-mula plan nak tidur ajer kat airport sebab flight pada pukul 7.10 pagi. Tapi bila dah sampai sana, tak jadi nak tidur. Borak..Borak..Borak..sampailah ke Subuh. Tambah pulak apabila dah minum air kopi..Fuuhhh...betul-betul KAW air kopi dia !!

Seramai 15 orang wakil dari UPSI ke Sarawak kali ini. Banyak betul dugaan nak ke sana. Tambah pulak 100% menggunakan duit kami sendiri.Huhu..nasib baik dah stand by awal-awal duit nak ke sana. Penyertaan wajadiri kali ini adalah penyertaan ke 3 dalam hidup saya. Pertama pada tahun 2006 di UPM dan kali kedua di MMU, Cyberjaya pada tahun 2007. Pada tahun 2008, kami tidak dapat menghantar wakil ke UTM, skudai..memang sedih sangat masa tu. Last-last minit cancel ke UTM, skudai. Tak pelah..maybe tak de rezeki masa tu..

Apabila dengar je wajadiri tahun ini di Sarawak, saya rasa seronok sangat..1st, mesti lah dapat jalan-jalan ke seberang laut. Bukan selalu dapat ke Sarawak. Yang kedua, saya ada MISI saya sendiri..MISI DENDAM yang disimpan selama setahun..Huhu..

Bukan apa, teringat semasa pertandingan di MMU, Cyberjaya. Masa tu acara 5 serang 1 kreatif dan saya adalah HERO group tersebut. Memang malang nasib saya kerana acara tersebut adalah acara terakhir dan semua penonton bertumpu 100% pada acara tersebut. Perasaan mengambil buah tanpa serangan adalah perkara yang paling memalukan masa tu..Yelah, orang tak serang lagi dari belakang, Tiba-tiba saya dah ambil buah. Huhu..

Tapi takpelah..itu semua pengajaran kan? Sebab itu saya nak tebus kesalahan saya dahulu di Sarawak untuk kali ini. Pada tahun nie pulak, saya hanya ambil 3 acara sahaja..

~ Umum senjata ( Hero )
~ Sepasang Pisau ( Hero )
~ 5 serang 1 kreatif ( Krew )

Alhamdulillah..ada rezeki untuk ketiga-tiga acara yang saya masuk..

~ Umum senjata ( Gangsa )
~ Sepasang Pisau ( Gangsa )
~ 5 serang 1 kreatif ( Emas )


Teringat kata-kata Kak Rin semasa saya kecewa di MMU dulu..

"Ala..jangan la sedih..akak dulu mula-mula masuk wajadiri pun tak menang apa-apa. Kali ke 3 akak masuk baru dapat pingat"

Fuhh...bila sebut je kali ke 3..terus semangat saya dibuatnya. MISI saya di Sarawak PERLU dilaksanakan !!

Memang seronok tak terkata apabila menang dalam semua acara yang saya masuk. Yelah, sepanjang UPSI menghantar wakil ke wajadiri,belum ada lagi peserta lelaki yang menang. Lebih memeranjatkan saya apabila kami dapat gangsa dalam acara sepasang pisau. Memang saya dan kawan saya (mamin) tidak menjangka kami menang dalam acara tersebut sebab saingan dari IPTA yang lain hebat-hebat belaka. Tambah pulak, 80% peserta UPSI kali ini 1st time masuk wajadiri. Jadi, mereka tak tahu lagi bagaimana gambaran pertandingan tersebut. Rasa gugup, gementar, macam-macam lagi lah..semuanya ada. Tapi yang paling penting, apabila dah masuk sahaja ke gelanggang pertandingan, dah tak ingat apa-apa lagi dah. Semangat nak buat buah pun rasa berkobar-kobar.


Selain daripada tu..saya sempat berjumpa dengan Abg Shahril sebelum perjalanan pulang ke airport kuching. Lepas sahaja bergambar dengan Abg Shahril, kami berpeluk antara satu sama lain..kemudian, Abg Shahril menyampaikan "sesuatu" kepada saya..Waktu tu saya sendiri terkejut..

"Tahniah abg ucapkan pada kau sebab masih bersama dengan silat ini sampai hari ini. Apa yang kau buat sekarang ini perlu kau pertahankan. Abg nak kau teruskan perjuangan silat ini selagi kau mampu. Silat ini juga adalah penghubung antara guru dan ibubapa dalam hidup kita.."

Ya Allah...entah kenapa, tiba-tiba air mata saya hampir mengalir masa tu. Segan juga sebab ada beberapa orang perasan saya masa tu. Banyak lagi kata-kata abg shahril..cuma saya terpaksa rahsiakan di sini..memang betul kata-kata abg shahril. Bukan senang nak pertahankan silat ini . Lebih-lebih lagi banyak krisis yang dah berlaku. Saya bersyukur kerana masih diberi kekuatan untuk bersama-sama dengan silat ini. Kalau dulu saya hanya belajar sahaja, tetapi apabila dah menjadi pembantu tenaga pengajar di UPSI..baru saya tahu bagaimana perasaaan apabila kita mengajar orang. Satu perasaan yang sukar untuk diceritakan apabila kita semakin lupa tentang silat ini. Kerana melalui silat inilah saya mengenal guru yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Walaupun dah 3 tahun tak berjumpa dengan abg shahril, dia tetap memberi nasihat kepada saya di Sarawak tempoh hari. Kata-katanya agak sinis tetapi penuh makna. Mungkin kerana saya alpa ketika itu, tetapi kata-katanya akan tetap saya ingat sampai bila-bila..

Buat peserta UPSI yang berjaya tempoh hari..Tahniah juga kepada anda semua. Tanpa semangat anda semua, mungkin kita tak kan kecapi apa yang kita dapat hari ini. Tapi yang penting, saya kagum dengan semangat anda semua walaupun tiada pengalaman sebelum ini dalam pertandingan wajadiri. Memang betul kata orang..kalau kita semangat untuk lakukan sesuatu, insya Allah..perkara tersebut dapat dilaksanakan sebaik yang mungkin.




video
Video acara Umum Senjata

video
Video 5 serang 1 kreatif

Jom tengok koleksi gambar wajadiri Sarawak DI SINI

Read More..

Al Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri

Filed under: by:
Share

Salam semua..

Hari ini hati saya sedih..pilu..tentu anda semua sudah baca kan tentang berita pemergian Allahyarham Ustaz Asri , ketua kumpulan Rabbani? Beliau merupakan antara penyanyi pujaan saya sejak dibangku sekolah lagi. Saya memang kagum dengan Allahyarham..

Terutamanya dari segi suara Allahyarham yang sungguh merdu. Pasti peminat nasyid di negara ini setuju dengan saya bahawa Allahyarham merupakan seorang penyanyi yang paling merdu suaranya diantara penyanyi-penyanyi nasyid yang lain.

Kehebatan Allahyarham melontarkan suara disamping irama dan lagu membuatkan orang yang mendengar terasa sejuk di hati. Masih tengiang-ngiang di telinga saya mendengar lagu "Intifada"..walaupun pelbagai versi dikeluarkan, namun cara pembawakan Allahyarham terhadap lagu tersebut tetap sedap di dengar. Rabbani juga merupakan kumpulan yang paling ramai ahlinya dalam industri nasyid. Kalau kita tengok mereka membuat persembahan, pasti menarik terutama part solo daripada Allahyarham.

Menurut sumber berita harian :

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Jadi..saya menyeru kepada pembaca setia blog saya ini, agar sama-sama kita menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri..Sesungguhnya sukar untuk kita mencari pengganti setanding dengan Allahyarham. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarham..Al Fatihah...








Read More..

Kapal Terbang Peribadi Sultan Brunei.

Filed under: by:
Share

Salam semua..

Anda kenal siapa Sultan Brunei? Ish..malunya kalau tak kenal. Siapa lagi kalau bukan Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Panjang betul namanya..Sultan Brunei memang terkenal dengan kekayaannya. Jadi pada hari ini, saya nak membawa anda semua melihat salah sebuah aset miliknya iaitu Kapal Terbang Peribadi ( Airbus 340 )

Haa...tengok kat bawah nie, semuanya cantik-cantik kan? Yang berwarna kuning tu emas tau. Jom tengok...

Harga kapal terbang ini bernilai USD 100 million..Ada cubala sendiri tukarkan ke RM..

Begitu indah dengan hiasan kaligrafi Al Quran

Sinki pun daripada emas..

Selesa sungguh ruangan tempat tidur

Ini pula ruang tamu. Dah macam rumah dalam kapal terbang nie.

Tandas pun dari emas? Sayangnya nak guna tandas nie..

Macam mana? cantik kan?..sejuk mata memandang. Kalau ada sebiji, memang tak duduk rumah dah. Tinggal je dalam kapal terbang tu.. kenyit


Sumber : Terkini Bersama


Read More..

RM532j nilai kaki Ronaldo?

Filed under: by:
Share

Salam semua..

Hari ini saya nak menganjak anda semua mengenal bintang bola sepak yang terkenal di dunia. Haa..siapa lagi kalau bukan Cristiano Ronaldo. Siapa peminat Cristiano Ronaldo? Angkat tangan...Hehe..

Tentu anda semua sudah dengarkan bahawa Cristiano Ronaldo merupakan pemain paling mahal perpindahannya ke pasukan gergasi dunia iaitu Real Madrid. Fakta terkini yang saya dapat ialah perpindahannya sahaja berjumlah RM465 juta !! Fuuhh...banyak tu. Kalau kita dapat sejuta pun dah cukup bersyukur sangat-sangat. Betul tak?

Ok, apa yang saya nak ketengahkan hari ini ialah pasukan Real Madrid telah menginsuranskan kaki si Cristiano Ronaldo ini berjumlah RM532 juta..Mahal betul kaki mamat ni..Menurut Kelab gergasi Sepanyol itu lagi, mereka mahu melindungi wang yang mereka laburkan seandainya Cristiano Ronaldo mengalami kecederaan jangka panjang.

Walaupun Cristiano Ronaldo baru sahaja beraksi dalam 3 perlawanan pra musim bersama Real, namun Cristiano Ronaldo telah dikasari sebanyak 34 kali !!

Ye lah..pemain ayam tambatan kan? Siapa tak nak belasah..Hehe..Memang diakui sebenarnya kelajuan lariannya menjadikan Cristiano Ronaldo adalah sasaran utama bentesan leh pasukan lawan. Haa..apa lagi? Jom usyar gambar dia nak? Pasti si gadis terpegun melihat tubuhnya yang sasa..Haha..





Read More..

Rehatkan Minda

Filed under: by:
Share

Salam semua..

Hari ni saya nak pembaca saya bersantai sahaja di blog ini. Disamping itu kita berkongsi cerita yang memang lawak habis. Jom Baca..

Haa..kat bawah nie ada cerita Lawak Antarabangsa, boleh tahan cerita dia..


Moral Value : Lain kali jangan terjah je yer..Tengok betul2 dulu siapa yang kita nak tegur.

**Ehem2..saya pun ada pengalaman jugak salah tegur orang..ahakz..malu giler.. gelakguling

Moral Value : Tak baik bersiul tau..

**Kalau nak puasa lambat jer..Tapi kalau nak raya, bukan ajer esok, seminggu nak raya pun orang dah kempen habis habisan...

**Haha..lawak habis. Tobat imam tu nak join lagi.. gelakguling


Read More..

Isteri sakit tapi Pak Su Gersang?

Filed under: by:
Share

Salam semua..

Dunia sekarang nie macam-macam kejadian aneh yang berlaku. Terbaru yang saya baca 'Isteri sakit: Pak Su gian peluk, cium janda'.Alahai Pak Su, kenapa lah jadi begini..

Berita ini saya dapat daripada Kosmo. Ianya berlaku di Kuala Terengganu. Jom baca sikit apa citer si Pak Su nie dah buat?

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun melepaskan gian ketika isterinya sakit dengan memeluk dan meraba seorang janda di Kampung Bukit Perpat, Ajil di sini kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, janda berusia 51 tahun dan mempunyai sembilan anak itu dalam perjalanan ke kebun getah tidak jauh dari rumahnya. "Setiba di kebun getah, janda itu terserempak dengan lelaki yang dipanggilnya sebagai Pak Su. "Pak Su didakwa terus memeluk dan meraba mangsa selain mencium leher dan menyelak baju mangsa," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner, Mohd. Fauzi Abduri di sini semalam. Menurut beliau, mangsa dapat melepaskan diri selepas menyepak kemaluan Pak Su dan melarikan diri ke sebuah kedai berhampiran. Katanya, polis yang menerima laporan mangsa telah menahan suspek yang juga merupakan jiran mangsa di rumahnya pada pukul 9.45 malam kelmarin.

Huhu..isteri sakit kat rumah, si suami pulak menggatal dengan orang lain. Kesian si mangsa, menjadi sasaran lepasan nafsu Pak Su. Mungkin dah gersang sangat kot orang tua nie. Si janda pun dia nak kebas. Dah ada 9 orang anak pulak tu.

Kepada Pak Su, buat-buat la bertaubat yer..Rumah kata pergi, kubur kata mari..




Read More..

Bayi Dimakan Biawak

Filed under: by:
Share

Salam semua..

Wah...sudah 5 hari saya tak update cerita dalam blog kali ni. Huhu..tah kenapa sejak dua menjak nie rasa tak semangat jer. Hati teringin sangat nak update blog, tapi ianya tak sekuat mana, hanya sekadar menjenguk sahaja. Walau apa pun, hari ini, saya kuatkan juga semangat untuk menambah cerita terbaru buat pembaca setia Blog Jom Bersama Saya..


Saya agak terkejut sebenarnya apabila terbaca sebuah berita bertajuk "Bayi hancur dimakan biawak". Ya Allah...kesiannya. Apalah dosa si bayi tu yer. Kejam betul ibu yang membuang anaknya macam tu ajer. Habis anaknya diratah biawak, yang tinggal hanya tangan sebelah kanan dan kepalanya sahaja. Ish...cukup ngeri. Kalau anda semua ingin melihat gambar tersebut, boleh tengok kat bawah nie..

Dua anggota polis berpakaian preman memeriksa mayat seorang bayi yang ditemui di Kampung Peramu, Kuantan semalam.

INILAH sahaja bahagian mayat bayi malang yang dibuang dan dimakan biawak di Kampung Peramu, Kuantan semalam.


Harap pihak berkuasa dapat mengesan siapakah identiti ibu tersebut yer...



Sumber : KOSMO


Read More..

Apakah Keistimewaan Lampu LED?

Filed under: by:
Share

Salam semua..

Hah...pernah dengar lampu LED tak? Ala..yang kita selalu main waktu amali Kemahiran Hidup kat sekolah tu. Ingat lagi? Hari ni saya terjumpa artikel yang cukup menarik tentang LED nie. Jom Baca Bersama Saya...


Anda semua ingat lagi tak, ada satu ketika dahulu, dunia mengadakan Kempen Tutup Lampu ( Earth Hour ). Anda semua mesti pelikkan? Apa pula kaitan tutup lampu nie dengan keadaan dunia sekarang? Lagi satu, apa manfaatnya kepada alam sekitar? Ye tak?

Haa..Kalau anda semua nak tahu, lampu yang kita selalu guna sekarang nie adalah lampu mentol @ pijar dan juga lampu kalimantang. Tahukah anda bahawa kedua-duanya beroperasi secara pemanasan dan turut mengeluarkan gas-gas berbahaya seperti halogen, merkuri dan karbon dioksida? Mengenai aspek pemanasan pula, jangankan lampu kalimantang yang dipasang sehari suntuk, lampu yang baru dipasang tidak sampai 10 minit pun sudah terasa panas jika anda menyentuh kaca lampu tersebut. Betul kan?

Jadi, menyedari hakikat yang berlaku sekarang nie, negara Australia telah pun mengharamkan penggunaan lampu pijar dan kalimantang. Menjelang tahun 2010, negara Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand telah memandatorikan penukaran semua lampu mentol berfilamen dan kalimantang konvensional kepada satu lampu alternatif. Wah...kita bila lagi yer? rindu

Ok saya sambung lagi yer...

Lampu alternatif yang dimaksudkan itu adalah lampu berasaskan teknologi diod pemancar cahaya atau LED. Di Pulau Pinang ada sebuah syarikat bumiputera iaitu KCC Engineering & Trading Sdn. Bhd. Syarikat KCC nie telah lama berkecimpung dalam bidang kajian dan pembangunan teknologi LED. Walaupun kat negara kita nie masih belum meluas penggunaannya, tetapi anda jangan terkejut kerana di luar negara seperti Itali, Jerman, Sweden, Jepun dan Australia telah menjadi pelanggan tetap bagi Syarikat KCC nie. Wah..hebat betul syarikat nie.. peace

PERBEZAAN cahaya antara lampu kalimantang biasa (kiri) dan lampu kalimantang LED.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KCC, Abdul Khalid Mydin, beliau berkata :

"Lampu LED mengeluarkan haba yang sangat rendah. Ia sekali gus mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke alam sekitar. Penggunaannya boleh mengurangkan kadar pemanasan dunia sebanyak 50 peratus sepanjang masa,"

Tambah beliau lagi,

"Lampu LED beroperasi secara sekejap-sekejap, itulah sebabnya ia kurang mengeluarkan haba. Tetapi, tidaklah bermakna lampu LED kami hanya boleh dipasang secara sekejap-sekejap. Kami telah memajukan teknologi LED ini agar ia mampu digunakan oleh pengguna sebagai produk harian seperti lampu yang biasa kita gunakan,"

Untuk membuktikannya, Abdul Khalid telah membuat perbandingan pada kedua-dua jenis lampu berkenaan.

"Lampu kalimantang biasa memerlukan penggunaan starter, sebaliknya lampu kalimantang yang menggunakan teknologi LED tidak memerlukannya. Lampu kalimantang biasa juga akan berkelip-kelip sebaik sahaja kita membuka suis tetapi lampu LED terus mengeluarkan cahaya. Selain itu, lampu kalimantang biasa menyebabkan warna gelap di bahagian tepi berikutan proses pemanasan dan tindak balas gas."

LAMPU kalimantang LED tidak memerlukan starter.




Sumber : Kosmo



Read More..

Comments