Al Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri

Filed under: by:
Share

Salam semua..

Hari ini hati saya sedih..pilu..tentu anda semua sudah baca kan tentang berita pemergian Allahyarham Ustaz Asri , ketua kumpulan Rabbani? Beliau merupakan antara penyanyi pujaan saya sejak dibangku sekolah lagi. Saya memang kagum dengan Allahyarham..

Terutamanya dari segi suara Allahyarham yang sungguh merdu. Pasti peminat nasyid di negara ini setuju dengan saya bahawa Allahyarham merupakan seorang penyanyi yang paling merdu suaranya diantara penyanyi-penyanyi nasyid yang lain.

Kehebatan Allahyarham melontarkan suara disamping irama dan lagu membuatkan orang yang mendengar terasa sejuk di hati. Masih tengiang-ngiang di telinga saya mendengar lagu "Intifada"..walaupun pelbagai versi dikeluarkan, namun cara pembawakan Allahyarham terhadap lagu tersebut tetap sedap di dengar. Rabbani juga merupakan kumpulan yang paling ramai ahlinya dalam industri nasyid. Kalau kita tengok mereka membuat persembahan, pasti menarik terutama part solo daripada Allahyarham.

Menurut sumber berita harian :

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Jadi..saya menyeru kepada pembaca setia blog saya ini, agar sama-sama kita menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri..Sesungguhnya sukar untuk kita mencari pengganti setanding dengan Allahyarham. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarham..Al Fatihah...








9 comments:

On August 13, 2009 at 4:27 PM , din3187 said...

ya la..saya pun terkejut juga..selalu di astro oasis dapat tengok dia azan..merdu je suara..

 
On August 13, 2009 at 4:52 PM , din3187 said...

pasni x dpt dengar alunan azan die yg sgt merdu
al-fatihah
moga di tempatkan di kalangan org2 yg beriman

 
On August 13, 2009 at 5:11 PM , din3187 said...

sama2lah kita sedekahkan al fatihah yer...semoga Allah SWT mecucuri rahmatnya..

 
On August 13, 2009 at 5:41 PM , din3187 said...

al-fatihah... innalilllahi wainna ilaihi rajiun... sy pon minat ustaz asri ni... knp erk allahyarham meninggal??

 
On August 13, 2009 at 6:45 PM , din3187 said...

Lepas nih mesti xdpt dgr suara beliau mengalun kan takbir raya..
Sedihnyer..

 
On August 14, 2009 at 9:09 PM , din3187 said...

alfatihah :(

 
On August 15, 2009 at 10:09 AM , din3187 said...

salam...

 
On August 15, 2009 at 8:25 PM , din3187 said...

Al-Fatihah...
Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baiknya dikenang juga.

 
On August 17, 2009 at 7:31 PM , din3187 said...

salam...
sesungguhnya yang hidup tetap kembali ke Baqa
rindunya nak dengar takbir raya Allahyarham
tapi disini ingin ku ingatkan, jgn lah kita suke sgt guna perkataan 'sedekah' fatihah.
tak baik
jika belajar betul2, istilah sedekah tu, tak baik sekiranya diguna untuk Fatihah yg mulia tu. sdgkan muka pertama Al-Quran, penghulunya Fatihah....
Jgn pandang pada 'istilah' sedangkan hukum hakam juga ada beza dari segi wajib, harus, sunat...
samalah kita berkongsi ilmu yek...

 

Comments