Apakah Keistimewaan Lampu LED?

Filed under: by:
Share

Salam semua..

Hah...pernah dengar lampu LED tak? Ala..yang kita selalu main waktu amali Kemahiran Hidup kat sekolah tu. Ingat lagi? Hari ni saya terjumpa artikel yang cukup menarik tentang LED nie. Jom Baca Bersama Saya...


Anda semua ingat lagi tak, ada satu ketika dahulu, dunia mengadakan Kempen Tutup Lampu ( Earth Hour ). Anda semua mesti pelikkan? Apa pula kaitan tutup lampu nie dengan keadaan dunia sekarang? Lagi satu, apa manfaatnya kepada alam sekitar? Ye tak?

Haa..Kalau anda semua nak tahu, lampu yang kita selalu guna sekarang nie adalah lampu mentol @ pijar dan juga lampu kalimantang. Tahukah anda bahawa kedua-duanya beroperasi secara pemanasan dan turut mengeluarkan gas-gas berbahaya seperti halogen, merkuri dan karbon dioksida? Mengenai aspek pemanasan pula, jangankan lampu kalimantang yang dipasang sehari suntuk, lampu yang baru dipasang tidak sampai 10 minit pun sudah terasa panas jika anda menyentuh kaca lampu tersebut. Betul kan?

Jadi, menyedari hakikat yang berlaku sekarang nie, negara Australia telah pun mengharamkan penggunaan lampu pijar dan kalimantang. Menjelang tahun 2010, negara Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand telah memandatorikan penukaran semua lampu mentol berfilamen dan kalimantang konvensional kepada satu lampu alternatif. Wah...kita bila lagi yer? rindu

Ok saya sambung lagi yer...

Lampu alternatif yang dimaksudkan itu adalah lampu berasaskan teknologi diod pemancar cahaya atau LED. Di Pulau Pinang ada sebuah syarikat bumiputera iaitu KCC Engineering & Trading Sdn. Bhd. Syarikat KCC nie telah lama berkecimpung dalam bidang kajian dan pembangunan teknologi LED. Walaupun kat negara kita nie masih belum meluas penggunaannya, tetapi anda jangan terkejut kerana di luar negara seperti Itali, Jerman, Sweden, Jepun dan Australia telah menjadi pelanggan tetap bagi Syarikat KCC nie. Wah..hebat betul syarikat nie.. peace

PERBEZAAN cahaya antara lampu kalimantang biasa (kiri) dan lampu kalimantang LED.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KCC, Abdul Khalid Mydin, beliau berkata :

"Lampu LED mengeluarkan haba yang sangat rendah. Ia sekali gus mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke alam sekitar. Penggunaannya boleh mengurangkan kadar pemanasan dunia sebanyak 50 peratus sepanjang masa,"

Tambah beliau lagi,

"Lampu LED beroperasi secara sekejap-sekejap, itulah sebabnya ia kurang mengeluarkan haba. Tetapi, tidaklah bermakna lampu LED kami hanya boleh dipasang secara sekejap-sekejap. Kami telah memajukan teknologi LED ini agar ia mampu digunakan oleh pengguna sebagai produk harian seperti lampu yang biasa kita gunakan,"

Untuk membuktikannya, Abdul Khalid telah membuat perbandingan pada kedua-dua jenis lampu berkenaan.

"Lampu kalimantang biasa memerlukan penggunaan starter, sebaliknya lampu kalimantang yang menggunakan teknologi LED tidak memerlukannya. Lampu kalimantang biasa juga akan berkelip-kelip sebaik sahaja kita membuka suis tetapi lampu LED terus mengeluarkan cahaya. Selain itu, lampu kalimantang biasa menyebabkan warna gelap di bahagian tepi berikutan proses pemanasan dan tindak balas gas."

LAMPU kalimantang LED tidak memerlukan starter.




Sumber : Kosmo



7 comments:

On August 3, 2009 at 5:27 PM , din3187 said...

trimas utk info berguna~!

 
On August 3, 2009 at 7:56 PM , din3187 said...

LED mmg mesra alam berbanding konvensional punye. tp tu la,org kita...bila dh terbiase,mane pandang ni semua. kebaikannya tak di ambik kira pun.

 
On August 4, 2009 at 8:08 AM , din3187 said...

salam, singgap jap sebelum pi kuliah, baca tentang LED...

 
On August 4, 2009 at 10:39 AM , din3187 said...

led lebih cerah, sebab di independence cth lmpu traffic light led dgn biasa mana terang? tentu led, jangkahayat led. boleh dikatakan susah rosak. kereta mewah byak pakai led coz kalau lampu berhabuk still blh nmpk dgn jelas. juga menggunakan tenaga yg sikit. Sekarang ada led pakai solar, byk dijual rm50 je utk letak kat taman.Kenapa tak komersialkan secara meluas? tanya tokey lampu biasa, kalau org beli pakai 20tahun tak rosak apa jadi?

 
On August 4, 2009 at 10:22 PM , din3187 said...

haha...betul2..itu semua strategi berniaga.kalau x de orang nak beli lagi macam mana kan? :)

 
On August 5, 2009 at 9:46 AM , din3187 said...

kt mana bleh beli...dgr2 tech LED ni sedikit mahal berbanding konvesional...tp sy amat berminat dan telah melihatnya sendiri d hotel.

 
On August 5, 2009 at 2:12 PM , din3187 said...

salam singgah..... waaa.. sungguh informatif pasal LED>. syabas!! ;p

 

Comments