Pelajar UPSI kena kuarantin H1N1?

Filed under: by:
Share

Salam semua..

Bagaimana anda hari ini? Sihat selalu? Sejak akhir-akhir ini, ramai betul yang sakit. Tambahan pula kes H1N1 dah semakin menular. Risaunya...Dulu masa mula-mula disiarkan dalam TV, rasa tak risau sangat sebab yang berlaku tu pun kat luar negara. Tapi sekarang nie, kes berlaku di Malaysia agak membimbangkan. Dah banyak sekolah dan universiti yang tutup sementara kerana kes ini.

Buka itu jer, minggu lepas sekolah adik saya tutup selama seminggu kerana ada pelajar yang telah mengidap penyakit tersebut. Wah...bestnya cuti seminggu. Kalau zaman sekolah dulu, memang seronok sangat bab-bab cuti nie. Hehe..

TERBARU..Hari ini UPSI pula diistiharkan CUTI. Tapi tak tahu berapa lama. Cuma malam tadi dimaklumkan melalui kolej yang esok semua pelajar UPSI kena kuarantin. Huhu...Pagi ni check UPSI Portal, barulah nampak memo tentang cuti tersebut. Puas jugak tunggu malam tadi, tapi tak ada pun. Yelah, sape nak bagi memo malam-malam buta kan? Hehe... So, sekadar untuk berkongsi, meh baca memo dari pihak UPSI.

"PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UPSI

Berkaitan dengan kes H1N1, pihak UPSI memohon semua pelajar UPSI supaya mengkuarantinkan diri anda bermula 29 Julai 2009 (Rabu) sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Buat masa ini,semua kuliah dibatalkan sehingga dimaklumkan. Pihak UPSI dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Batang Padang sedang berusaha untuk mengenalpasti keseriusan kes ini di UPSI. Maklumat lanjut akan dimaklumkan melalui saluran ini secepat mungkin.

Makluman untuk kakitangan UPSI, semua aktiviti berjalan seperti biasa sehingga dimaklumkan.

Sekian harap maklum."

Wahh...kesian kakitangan UPSI, kami semua bercuti mereka pula kena buat keje. Mantaplah korang..Tapi jangan sampai kena penyakit berjangkit dah la yer.

Apa yang agak membimbangkan saya sekarang nie, housemate saya pun disyaki H1N1..Huhu...

Semalam hantar dia ke Klinik UPSI, Ya Allah...ramai betul hamba Allah dalam klinik tu. Penuh tempat duduk. Apabila ambil nombor giliran, 0152. Nombor sekarang baru 0115. Adieyh...lagi 37 orang !! Kalau seorang mengambil masa 2 minit, 37 orang dah 74 minit. Lama tu..Tapi takkan doktor nak check seorang dalam masa 2 minit kan? Paling tidak pun sorang 5 minit. Bayangkanlah berapa lama nak tunggu. Last-last saya keluar dulu, kesian member kena tinggal sorang-sorang kat klinik tu. Huhu..

"Najmi, kang dah selesai check ko misscall la aku. Nanti aku datang ambil ko"

Haha..macam tu la dialog saya dengan dia semalam. Saya tak leh nak tunggu dalam tu. Rimas..Dah la semua orang dalam tu sakit. Kang tak pasal-pasal saya pulak yang berjangkit. Huhu.. Lama jugak saya menunggu misscall dari dia, siap boleh pergi beli barang kat pekan lagi. Lepas tu balik bilik layan internet dulu. sengihnampakgigi

Jam menunjukkan pukul 5.00 petang, barulah dapat message dari dia suruh datang ambil. Lor..orang suruh misscall je. Lama betul menunggu, masa datang klinik lebih kurang pukul 2.30 petang. Huhu..korang bayangkan la berapa lama kat dalam klinik tu. Sampai-sampai je tengok mamat nie dah pakai topeng.

"Hah apa citer ko? Doktor cakap apa?"

"Suspek la bro"

WHAT !!! gigitjari

Kawan saya dah kena suspek H1N1, patutlah pakai topeng. Huhu..Dalam hati nie risau gak. Tapi disebabkan member, saya bagilah semangat kat dia. Maybe itu hanya suspek aje, belum tentu lagi. Insyaallah, lepas makan ubat nanti ok la kot. Betul kan? Kalau anda la kat tempat saya, apa anda akan buat? Takkan tak bagi dia naik motor sama-sama kot masa tu. Tambah pulak, dia serumah dengan anda. Masalah jugak nak berdepan dengan dia.. So, macam mana? Meh berkongsi dengan saya sikit...

Inilah rupa dia skang nie..Mata kena tutup..Kerahsiaan dijamin..hehe..

Lengang kawasan luar kolej. Kesian peniaga kat luar tu..

Pintu pagar dah kena tutup. Tak boleh nak keluar..Huhu


===================================================================

Lagi Berita Terbaru Di UPSI.

dikemaskini 2.50 p.m. -Pengumuman cuti dibuat
Pengumuman berkenaan cuti yang bermula hari ini diumumkan di kolej-kolej. Pelajar berpusu-pusu keluar dari kawasan kolej untuk mendapatkan tiket balik kampung. Teriakan gembira juga kedengaran selepas pengumuman dibuat.

Arahan kuarantin masih diteruskan sehingga arahan baru dikeluarkan
Pihak pentadbiran kolej masih meneruskan arahan kuarantin meskipun dikhabarkan cuti bermula hari ini. Pihak kolej dikatakan belum menerima arahan rasmi berkenaan kebenaran untuk pelajar pulang ke kampung daripada pihak universiti.

Pelajar sihat dibenar balik kampung
Desas-desus cuti pertengahan diawalkan semakin mencapai kepastian. Terbaru UPSIkini dilaporkan semua pelajar yang sihat dan tidak disyaki terkena jangkitan H1N1 dibenar pulang ke kampung masing-masing. Cuti akan bermula pada hari ini 29 Julai sehingga 9 Ogos. Walau bagaimanapun cuti awal semester hanya akan dikira bermula 1 Ogos ini. Kuliah 29 hingga 31 Julai perlu diganti selepas kuliah bermula.

Beberapa program universiti ditangguh
Ekoran kes H1N1 yang semakin mendapat perhatian ramai pihak hari ini, beberapa program universiti terpaksa ditangguhkan. Antaranya adalah Pameran Keusahawanan FPE dan program Anjuran Pusat Islam. Penangguhan program-program ini juga dikatakan berkait rapat dengan cuti pertengahan semester yang dilaporkan akan bermula lebih awal.

Maklumat awal : Cuti pertengahan semester diawalkan
Cuti pertengahan semester akan diawalkan seperti yang dilaporkan UPSIkini sebelum ini. Keputusan mesyuarat bersepakat mengawalkan cuti pertengahan semester berikutan kes H1N1 yang dilaporkan positif terhadap beberapa suspek. Namun, surat rasmi berkenaan perkara tersebut masih belum dikeluarkan.

Mesyuarat selesai, Pengetua kolej akan umum keputusan di kolej masing-masing
Mesyuarat yang melibatkan pentadbiran kolej dan universiti berkaitan terdapat kes H1N1 yang dilaporkan positif di UPSI selesai pada jam 2.30 petang tadi. Pengetua kolej-kolej kediaman bakal membuat pengumuman dan penjelasan berkenaan keputusan mesyuarat di kolej masing-masing.

Pelajar UKLK dakwa dianak tirikan
Beberapa pelajar yang menginap di luar kolej mendakwa mereka dianak tirikan dan tidak dimaklumkan tentang H1N1. Mereka mengadu perkara tersebut di dalam ruangan forum MyPortal UPSI. UPSI sebelum ini mengeluarkan arahan semua mahasiswa mengkuarantinkan diri di kediaman masing-masing.

Jualan ‘mask’ laris
Seorang peniaga di hadapan Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) mengambil kesempatan menjual ‘mask’ di hadapan pintu masuk ke KHAR selepas mendapati ramai pelajar dihalang keluar oleh Pengawal Keselamatan untuk mendapatkan ‘mask’ di kedainya. Beliau mendakwa jualan ‘mask’ begitu laris hari ini berikutan berita jangkitan H1N1 mula dijangkiti di sini.

Pengawal keselamatan berang pelajar ingkar arahan
Keadaan di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) sedikit kecoh di depan pendok Pengawal Keselamatan kerana sebilangan pelajar mengingkari arahan kuarantin. Mereka dilaporkan ingin keluar untuk mendapatkan ‘mask’ di kedai berhampiran namun tetap dihalang pengewal keselamtan yang bertugas.

Solat Zohor berjemaah di surau tetap dilaksanakan
Meskipun arahan kuarantin dikuatkuasa hari ini ke atas semua kolej kediaman dan semua penghuni diminta tidak keluar daripada rumah masing-masing, azan Zohor di surau kolej-kolej kediaman masih berkumandang dan solat berjemaah masih dilaksanakan.

Pelanggan Abuya kurang, tidak seperti biasa
Bilangan pelanggan di kedai makan Abuya dilaporkan kurang berbanding sebelum-sebelum ini yang menjadi warung pilihan ramai warga UPSI untuk makan tengah hari. Keadaan ini dikatakan kesan arahan kuarantin yang dikeluarkan oleh pihak UPSI ke atas semua kolej dan penutupan kampus UPSI daripada sebarang aktiviti hari ini.

Masih ramai ambil mudah saranan pemakaian ‘mask’
Pelajar-pelajar yang turun mengambil makanan di kolej-kolej kediaman kebanyakannya tidak mengenakan ‘mask’ meskipun disaran berbuat demikian melalui iklan yang disiarkan media apabila jangkitan ini mula menular di kawasan masing-masing. Rata-rata mendakwa tidak mempunyai 'mask' dan mencari-cari di mana boleh mendapatkan ‘mask’ tersebut.

Prosedur ketat di pintu masuk kolej
Prosedur keluar masuk kolej diperketat dan menyaksikan pelajar tidak dibenarkan untuk keluar sekiranya tiada urusan yang mendesak. Keadaan ini memaksa pihak pentadbiran kolej turun padang dan berada di pintu masuk kolej bagi memastikan arahan kuarantin benar-benar dilaksanakan.

Pelajar kolej ambil makanan guna kupon
Pelajar-pelajar yang menginap di kolej kediaman dilaporkan sedang mengambil makanan menggunakan kupon yang diberikan oleh pihak kolej selepas kaunter mengambil makanan dibuka beberapa minit yang lalu.

Beberapa pelajar ambil tindakan balik kampung
UPSIkini dilaporkan sebilangan pelajar mengambil tindakan nekad untuk balik ke kampung kerana beranggapan tindakan tersebut lebih selamat dan sudah menjangka cuti seminggu pasti diumum berdasarkan beberapa kes serupa di Institusi Pengajian Tinggi dan Kolej-Kolej lain sebelum ini. Mereka juga dikatakan bimbang kehabisan tiket apabila pengumuman cuti seminggu dibuat dalam masa terdekat.

Taman Bahtera turut dikuarantin
Semua penghuni di Taman Bahtera termasuk Bahtera Arked dan Bahtera Teres turut diarah kuarantin kerana berhampiran dengan kedudukan Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) dan Kolej Ungku Omar (KUO). Kedai-kedai di Taman Bahtera juga dilaporkan lengang.

2 identiti pelajar positif H1N1 dikenalpasti
Dua identiti pelajar yang dilaporkan antara suspek positif H1N1 dikenalpasti. Mereka adalah Siti Zuraihan dan Mariam, masing-masing pelajar program Pendidikan Perakaunan. Pihak yang memaklumkan perkara ini meminta agar semua pihak mendoakan kesejahteraan mereka.

4 pelajar di KZ pula dilaporkan positif
Maklumat terkini yang diterima UPSIkini mengatakan 4 orang pelajar yang menginap di Kolej Zaaba dilaporkan antara suspek yang positif ujian H1N1.

Kawasan sekitar kolej lengang
Suasana sekitar kolej di sini dilaporkan lengang dan hampir semua pelajar mematuhi arahan kuarantin yang dikeluarkan. Semua pengawal keselamatan dikerah untuk meningkatkan pengawasan keluar masuk kenderaan dan orang awam ke kawasan kolej.

Bas UPSI angkut pelajar di kolej buat pemeriksaan segera
Beberapa buah bas dilihat berulang-alik ke kolej-kolej kediaman untuk membawa pelajar-pelajar untuk membuat pemeriksaan di hospital berdekatan. Kebanyakan yang diminta membuat pemeriksaan tersebut adalah mereka yang mengalami demam dan ILI (influenza-like illness)

Orang ramai turut bertopeng
Orang ramai sekitar Tanjong Malim turut kelihatan memakai topeng (mask) setelah berita mengenai penularan wabak H1N1 tersebar di kalangan orang awam.

Seorang penghuni KHAR antara yang positif
Seorang pelajar perempuan yang menginap di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) antara yang dilaporkan positif ujian H1N1. Pelajar tersebut juga merupakan peserta yang mengikuti satu program di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pentadbiran kolej diminta urus makanan penghuni kolej
Semua pentadbiran kolej kediaman diarahkan untuk menguruskan bekalan makanan kepada semua penghuni kolej masing-masing berikutan arahan kuarantin yang masih berkuatkuasa.

Cuti seminggu berkemungkinan dikira sebagai cuti pertengahan semester
Susulan makluman yang dibuat Bahagian Perhubungan Awam berkenaan pengumuman status cuti seminggu yang dijangka dibuat esok, maklumat terkini mengatakan cuti seminggu berkemungkinan dibuat tetapi dikira sebagai cuti semester sepertimana Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengmbil langkah pencegahan dengan memulakan cuti pertengahan semester lebih awal.

Cuti seminggu : UPSI jangka umum esok
Bahagian Perhubungan Awam (PRO) memaklumkan UPSI dijangka akan mngeluarkan pengumuman sama ada diberi cuti seminggu atau tidak esok. Sehingga kini, pihak UPSI dan Bahagian Kesihatan Batang Padang masih menjalankan kerja-kerja mengenal pasti tahap keseriusan jangkitan ini di UPSI.

Ambil kesempatan solat hajat dan berdoa
Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPP, saudara Akmal Madzir menyarankan agar semua mahasiswa UPSI mengambil kesempatan penangguhan kuliah hari ini untuk melakukan solat hajat dan berdoa agar semua warga UPSI berada dalam keadaan sejahtera.

Waktu kuarantin dijangka dilanjutkan
Berikutan maklumat yang dikeluarkan Bahagian Korporat dan Antarabangsa UPSI supaya semua pelajar mengkuarantinkan diri di kediaman masing-masing hari ini sehingga satu tarikh yang diumumkan kemudian, ramai pihak menjangka waktu kuarantin akan dilanjutkan sepertimana lain-lain IPT dan Kolej yang dilaporkan media sebelum ini.

6 pelajar dilaporkan positif
UPSIkini dilaporkan seramai 6 orang pelajar UPSI positif ujian H1N1. Namun pihak UPSI masih belum mengumumkan angka sebenar kes.




Sumber : UPSIKINI & BERITA HARIAN



27 comments:

On July 29, 2009 at 10:35 AM , din3187 said...

skema betul ayat..hahaha

 
On July 29, 2009 at 10:39 AM , din3187 said...

makanya..semua dlm umah tu kna pkai topeng jgak la sebagai langkah keselamatan paling awal..mencegah lebih baik daripada merawat..pas ni kuar g mn2 kna pakai topeng gak..bukan setakat budak upc je bleh kna h1n1..rg len kt luar tu pun ble kna gak..

 
On July 29, 2009 at 10:56 AM , din3187 said...

huhu..x leh nak keluar..pintu pagar kolej dah kena tutup. Dah macam cerita "quarantine" dah nie..cuma belum ada yang nak makan orang je lagi..hehe...

 
On July 29, 2009 at 11:13 AM , din3187 said...

em..tutop agi...
lepas satu2...huuu

 
On July 29, 2009 at 11:32 AM , din3187 said...

ermm.. saya tak sihat nie..
asyik batuk².. demam dan sakit tekak..

 
On July 29, 2009 at 11:46 AM , din3187 said...

huhu..bahaya macam tu.elok gi klinik..mana tahu. sekadar nak dapatkan kepastian kan? elok mencegah lebih awal sebelum orang sekeliling kita yang kena..

 
On July 29, 2009 at 11:51 AM , din3187 said...

hurm. pyh ni.. eiks. yer la. bnda ni kan boleyh bjgkt kan. ksian gk ngn kwn awk tu yer. .tp.. ish2. awk kena bpkirn posstf la yer.. huhu.. jgn bg dia down.. ape2 pun.. jg kesihtn baik2..
tp.. wktu cuti.. mmg best la. .haha.. *_* seronok sgt,,, huhu.. tp bla nk duk finl.. dgn modul/ slibus yang x hbis. x ke haru. haha

 
On July 29, 2009 at 11:55 AM , din3187 said...

Betul2..tapi skang nie pun saya rasa nak demam dah...huhu...

 
On July 29, 2009 at 12:45 PM , din3187 said...

bahaya2...banyak betul berita terbaru dalam masa terdekat nie..

 
On July 29, 2009 at 1:10 PM , din3187 said...

Hehe... aku ingat nak pegi esok lusa hantar laporan tesis... terus tak jadi hehe... nasib nasib....

 
On July 29, 2009 at 1:12 PM , din3187 said...

Hehe... aku ingat nak pegi esok lusa hantar laporan tesis... terus tak jadi hehe... nasib nasib....

 
On July 29, 2009 at 1:13 PM , din3187 said...

Huhu...jangan saudara lepak. sabar dulu..maybe dalam masa terdekat ni akan ada cuti seminggu..tapi yang tak beznya dia orang tarik cuti pertengahan sem masa bulan 8 nnt...aarrgghhh....

 
On July 29, 2009 at 1:15 PM , din3187 said...

tkotnyer...ramai tol yg disahkn positif h1n1 nie..
lps 2 x ley nk kuar kolej..
adodoi...gisau sana gisau sini...
pening pler!!!
haiii bley x angkut library tuanku bainun 2 kt kz..
asigment byk 2 oiiii

 
On July 29, 2009 at 1:25 PM , din3187 said...

tkotnyer...ramai tol yg disahkn positif h1n1 nie..
lps 2 x ley nk kuar kolej..
adodoi...gisau sana gisau sini...
pening pler!!!
haiii bley x angkut library tuanku bainun 2 kt kz..
asigment byk 2 oiiii

 
On July 29, 2009 at 1:31 PM , din3187 said...

cuak nak jalan2 now cuz virus ni dah cam senang giler merebak.haiya!

 
On July 29, 2009 at 1:38 PM , din3187 said...

makin ramai la....cmne nk raye ni??
adeh...raye lak pikir nye..huhu...
ye...kene pkai mask..emmm

 
On July 29, 2009 at 1:40 PM , din3187 said...

huhuhuhu nsb baik aku duk luar

 
On July 29, 2009 at 1:42 PM , din3187 said...

salam...erm, cm tkut jer dgr. minta2 uitm perak xla truk kne mcm tuu.. risau kot.

 
On July 29, 2009 at 3:33 PM , din3187 said...

jom balik....yee.... :)

 
On July 29, 2009 at 4:26 PM , din3187 said...

blik kg jom....h1n1 dh mlnda terok diktakn kt upsi...
yg blik kg hnya yg sehat je...
yg x sehat diminta spy x pulang wt msa skarg tkot dijangkiti virus brbhya ini kt msyrkt lain...
hrp maklum

 
On July 29, 2009 at 8:49 PM , din3187 said...

sian ko Najmi suspek selesema B4B1

 
On July 29, 2009 at 9:09 PM , din3187 said...

huhu..itulah pasal..skang nie tgh kena kuarantin dengan pihak KHAR. kena tinggal kat aras satu pulak...

 
On July 29, 2009 at 9:44 PM , din3187 said...

hahaa.. din student KHAR ker.. adeii patut r.. tetiba msuk blog kuar cite UPSi..
ayu pun pgi tdi dtg opis baru tau area kolej kt tmn bahtera da kene kuarantin.. adeii risau gak.. doa2lah xde merebak secara serius wabak nih.. ;)

 
On July 30, 2009 at 12:14 PM , din3187 said...

x suka h1n1...

tp suka cuti..

yeayyyyy...

hahahah.....

tp harap2 cepat sembuh la semua yg kena tuh...

 
On July 30, 2009 at 2:22 PM , din3187 said...

lain pula di UniMAP, ada sesetengah kuliah dibatalkan. sebabnya UniMAP ni bertaburan, jadi semua kuliah di kawasan kg. Wai dan seberang ramai kuala perlis dibatalkan. kuliah di lain-lain tempat dijalankan seperti biasa.

 
On August 3, 2009 at 12:12 AM , din3187 said...

cuti H1N1 dah abes.. sok start kursus balik.. adeh.. maleh nye nk pi.. jage2 ngan H1N1... makin mengganaz nampaknye.. huhuhu..

 
On August 5, 2009 at 11:29 PM , din3187 said...

huhuh...sy pon kne btuk slsme..p sib bekla xdmm kuat..aduyai...kz dpt tau lmbt lor cti r tu...mse tu cam da klam kbut sume sbb da dkuarantin..byk da kai tpeng tu..hu3..mmg menyeramkn gk..hope sume wrga upsi sht walafiat spt sdia kala...tq 4 da nice info n blog..hehe...wassalam..

 

Comments