Kisah di UTM,Skudai 4

Filed under: by:
Share

Salam semua..

Huhu..Hari-hari saya bukak laman blog saya, tapi entah kenapa tak de feel nak menulis. Mungkin banyak sangat problem yang berlaku sejak akhir-akhir nie. tambah pulak dengan istilah yang baru " 2 dalam 1". Ohh tidak..rasa menyesal pun ada. Huhu..

Tak pelah, hari ni saya masih diberi kekuatan untuk menyambung cerita sebelum ini. Banyak betul cerita yang dah tertangguh nie..Maaf yer kawan-kawan..

Back to our point, selepas sahaja semua kontinjen keluar baris dan berkumpul semula di tempat sebelum masuk padang kawad tadi. Kami diberitahu acara tertangguh selama sejam. Fuuhh..lama tu. Bukan apa, risau sebab matahari semakin naik meninggi. Kalau setakat kawad biasa masa panas-panas tak pe lagi, ini sebab nak menunggu ketibaan yang lama dan menunggu ucapan dari Tengku Mahkota Johor. Sedangkan masa raptai pun kami terpaksa berdiri senang diri hampir 5 minit !!

Dalam pada menunggu di luar tu, masing-masing duduk melepak. Huhu, taknak la saya..Baju mahal, kotor nanti. Hehe.. Saya terus mencari kenalan lama saya semasa di matrikulasi. Namanya Zulhaizar, roomate saya di matrikulasi N9. Cari..Cari..Cari..Akhirnya jumpa jugak si mamat nie. Apa lagi, terus keluarkan HP la. Nak ambil gamabr..Dah lama jugak tak jumpa dia. Mantap la Bro, JUO tu..Junior Under Officer. Apabila berborak dengan dia, ada jugak saya komen..


"Zack, apsal asyik nama U ko je yang kena tegur?"

Haha..untuk pengetahuan semua, sepanjang latihan kawad kami di UTM, nama UUM memang selalu sangat disebut-sebut oleh RSM. Terutamanya Palapes Udara dan Palapes Laut mereka. Siap kena gelar lagi tu,"Minah Garu".

"Ok kadet, lepas nie ko panggil budak perempuan tu MINAH GARU. Asyik menggaru je budak nie"

Haha..lebih kurang macam tu lah si RSM menegur salah seorang kadet perempuan UUM semasa kami sedang buat latihan kawad.

Kemudian si Zack nie ada jugak mengeluh, sebab UUM ada 3 Palapes. Darat, Udara dan Laut..So, komitmen dia orang tak sama. Malas nak hentak kaki, bergoyang-goyang, garu sana..garu sini. Sampaikan dia sebagai orang di depan kontinjen satu pun pening kepala dengan dia orang nie. Haha.. Sabar je lah Zack.

Tak lama selepas tu, saya minta diri untuk ke tempat saya semula. Huhu..sampai-sampai je tengok ayah saya dah ada kat situ. Tengah borak-borak dengan rakan saya. serba salah pulak sebab membiarkan ayah saya menunggu dan mencari-cari saya tadi. Hehe..

Sedang leka kami berbual, ayah saya pun menunjukkan kamera yang baru dibeli. Alahai, serba salah kali kedua saya dibuatnya. Yelah, kami nie mana ada kamera yang canggih-canggih sebelum nie. Itu pun yang jenis pakai filem. Lepas pada tu kami jarang mengambil gambar. Hanya menggunakan kamera di handphone jela. Semangat betul ayah saya nak mengambil gambar kami beramai-ramai. Nak tengok tak gambarnya? Meh tengok kat bawah yer..



Kemudian, giliran kawan saya pulak mengambil gambar kami anak beranak. Haha, tengok betul-betul. Ada iras-iras x? Antara saya dan adik beradik saya, sayalah orang yang hampir sama perangai dengan ayah saya nie. Nak tahu perangai apa? Hehe..RAHSIA..


Tak lama selepas tu, kedengaran peringatan dari komanden perbarisan supaya mengambil tempat masing-masing. Kami pun bergegas mengambil senjata masing-masing. Semangat nie..Hehe.. Harap-harap kali nie tak salah macam tadi. Ada sesetengah daripada kami mengatakan puncanya disebabkan pasukan pancaragam yang bermain muzik dengan rentak yang perlahan. Tak sama rentak semasa kami buat latihan 2 minggu lepas. Bila fikir-fikir balik, memang betul. Ayunan dan jalan kaki pun agak santai. Tak semangat la macam nie.Hehe..


"Bergerak ke kanan bertiga-tiga..ke kanan pusing !"

"Rusuk senjata"

Fuhh...Berdebar-debar hati kali nie. Matahari dah makin meninggi. Harap-harap tak de kesalahan kali kedua.

"Kontinjen nombor 1..Dari kiri, cepat jalan !"

"Dum...Dum..Dum.."

Macam biasa, kena selalu menyebut kiri kanan kiri dalam hati. Kalau tak, haru biru la jawabnya.

Perbarisan kali kedua agak berbeza. Ramai betul yang menunggu di kawasan masuk ke padang kawad. Wahh..memang meremang la bulu roma. Orang ramai berdiri di kiri dan kanan laluan kami masuk. Seolah-olah menanti ketibaan kami masuk ke padang. Control macho..Orang ramai nie..Hehe..

Alhamdulillah, perbarisan kali ini lebih baik dari tadi. Semuanya berjalan dengan lancar. Selepas sahaja kami berhenti, kami menunggu kemasukan kontinjen kedua ke padang kawad. Memang cantik..Dengan baju nombor 1, kasut berkilat..sama je pergerakan kaki dan tangan.

"Baris..Akan menghadap ke hadapan..Ke kiri pusing ! "

Aduuhh...panasnya. Silau mata saya. Sebab kami betul-betul mengadap matahari. Huhu..tahan je la. Kami terus menunggu ketibaan Tengku Mahkota Johor. Alhamdulillah, kali nie kami menunggu tak lama sangat seperti dalam latihan sebelum nie. Sempat jugak la saya melayan lagu yang dimainkan oleh pasukan pancarangam.

"Baris...Sedia !"

"Rusuk..Senjata"

"Hormat Diraja..Hormat senjata "

PRAP !!..Fuuhh..sedap betul mendengar hentakkan kaki. Sekali je bunyinya. Lagu Bangsa Johor dan Lagu Negaraku dimainkan..Semua orang berdiri dan bagi anggota yang memakai pakaian seragam, mereka akan tabik hormat semasa lagu dimainkan. Itulah kehebatan lagu Negaraku kita. Ramai yang tak sedar perkara ini. Selalunya orang akan main-main semasa lagu dimainkan. Berdiri tak betul..bercakap-cakap..membisu..Alahai, kenapa jadi begini? Lagu negara kita..Nyanyilah sama-sama. Kita hayati bersama-sama.Sedih kadang-kadang melihat masyarakat kita yang tak tahu mengenal erti hormat pada negara. Kalau anda semua pernah tengok perbarisan panji-panji diraja. Ketika itulah Panji-panji akan turun menyembah bumi. Bayangkan..panji-panji merupakan tanda kehormatan negara. Kalau anda pernah tengok filem-filem peperangan, dia orang sanggup berkorban demi mempertahankan panji-panji daripada jatuh menyembah bumi! Begitu juga dengan lagu Negaraku, begitu tinggi sekali nilainya kepada negara sehingga Panji-panji pun tunduk menyembah bunyi. Sanggup ke anda melihatnya?

Haha..sorilah bagi ceramah sikit. Hanya luahan hati sahaja. Lepas nie, buat betul-betul masa menyanyi lagu Negaraku yer. Kalau kita sendiri tak menghormati lagu Negaraku, macam manalah anak cucu kita nak hormat. Sia-sia sahaja pengorbanan orang dahulu mendapatkan Kemerdekaan untuk negara kita ini.

Masa terus berlalu..Acara kini sampai ke kemucaknya. Selepas kami berjalan lalu di depan Tengku Mahkota Johor, tibalah saat-saat titah ucapan daripada baginda. Masa inilah kontinjen UPSI menjadi sebutan oleh para hadirin..Nak tahu kenapa?

Sebab masa ini, 3 orang pegawai kadet dari UPSI telah jatuh menyembah bumi..Perghh...dalam hati saya, macam ada daulat Tengku Mahkota Johor nie..Memang pelik jugak, sebab masa Tengku Mahkota Johor nak berucap, ramai yang tumbang dan UPSI adalah pasukan pertama yang tumbang masa tu. Sebelum nie semua boleh maintain lagi.

"Ecah..tahan ecah..sikit je lagi"

Itulah kata-kata semangat yang kawan-kawan saya berikan kepada Ecah. Dah la dia berdiri dibarisan hadapan sekali. Kita orang pun dah risau kalau-kalau dia tumbang. Memang masa tu nampak ketara yang dia dah tak boleh nak berdiri lurus. Dalam kami memberi semangat kepada dia, tiba-tiba...

"Dup..."

Ah sudah..bukan Ecah yang tumbang, Bibi pulak yang tiba-tiba tumbang tanpa sebarang isyarat. Bibi berada dibarisan kedua dalam kontinjen pertama kami. Memang masa tu mata penonton tumpu 100% pada pasukan kami. Huhu..Malunya..Nasib baiklah kepala kami menghala ke kanan sebab mendengar titah dari Tengku Mahkota Johor. Kalau pandang ke depan, alamatnya mata masing-masing menghala ke pokok la..Hehe..

Masa ni agak kecoh, sebab suara orang ramai mula kedengaran. Lepas tu..sebelah Bibi adalah Ainum. Ya Allah..saya yang dibarisan ketiga nampak jelas apa yang berlaku pada Ainum..Sedih..Rasa nak menangis pun ada. Dia seolah-olah sedang menahan kesakitan. Jelas kelihatan, muntah mengalir perlahan-lahan jatuh ke bumi. Ya Allah..tak sanggup rasanya nak melihat. Sekali pandang seolah-olah dia sedang mengalami "sawan babi". Penuh mulutnya dengan muntah..Tapi kerana dia menahan, muntah tersebut keluar sedikit demi sedikit. Dia dah tak mampu nak berdiri. Kejap ke kanan..kejap ke kiri. Masing-masing terus bagi semangat pada dia. Tak lama je pun, habis ucapan..bacaan doa dan terus bergerak keluar padang.

Lepas tu..

"Uwek...."

Eeeii...muntah hijau!!

Kali nie si Ainum terus muntah dan dalam masa yang sama, dia terus tumbang ke kiri. Ya Allah, seksanya saya melihat dia. Apa yang membuat kami geram ialah pasukan pengusung lambat sangat sampai, sedangkan pasukan kami sudah 2 orang tumbang x sampai seminit !! Mereka datang dari belakang, dan terus mengambil kedua-duanya. Memang tergambar diwajah pasukan pengusung, mereka rasa pelik sebab sampai 2 orang yang jatuh pada masa yang sama. Mereka tak tahu nak ambil siapa dulu. Tapi kerana si Ainum jelas kelihatan muntah di tepinya, mereka mengambil Ainum dahulu sedangkan si Bibi yang jatuh pada mulanya.

Kemudian, kedengaran orang jatuh dari pasukan lain. Seolah-olah berlumba-lumba siapa yang jatuh dulu. Kalau anda berada ditempat saya, memang betul apa yang saya cakap. Titah ucapan Tengku Mahkota Johor membuatkan suasana jadi tak menentu.

"Din..gelap din.."

Kawan sebelah kiri saya bersuara. Saya pun pelik, saya pandang ke arah matahari..Cerah je..Memang masa tu saya tak tahu yang dia dalam keadaan kritikal untuk tumbang. Nak pandang dia tak boleh sebab semua orang pandang ke kanan masa tu. Memang sakitlah tengkuk nie.

"Din..gelap din..aku tak nampak apa-apa nie"

Ah sudah..saya pula yang risau. CONFIRM !! Memang si Khuzaimi ni nak tumbang.

"Ko cuba gerakkan ibu jari ko..main dalam kasut.."

"Lepas tu..tarik nafas panjang-panjang.."

Saya cuba bagi semangat pada dia..Dia diam..Mungkin sedang menenangkan diri dan praktikkan apa yang saya kata. Tapi lepas tu..

"Dup.."

Ah sudah..Si Khuzaimi jatuh menyembah bumi. Sepanjang latihan 2 minggu, dia tak pernah pun jatuh atau mengadu tak tahan. Tapi entah kenapa, pada hari kejadian..Dia tak mampu menahan. Rasa serba salah betul pada dia sebab tak dapat nak bantu sangat kat dia. Lagi sekali, suara penonton kembali rancak. Saya terus tumpu perhatian pada ucapan Tengku Mahkota Johor.

"Dengan ini, beta mengisytiharkan..anda semua sebagai Leftenan Muda..."

Alhamdulillah..Inilah kata-kata yang selama ini saya ingin dengar. Meremang bulu roma masa tu. Macam ni rupanya..kalau tak, sebelum ini saya sangkakan masa tauliah sorang-sorang akan dipasangkan satu paku dibahu..Dahlah ada seribu orang lebih. Sanggup ke? Betul tak? Namun, dengan titah baginda tersebut sudah cukup merasmikan kami sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Wataniah.

Macam-macam perasaan masa tu, terkenang 3 tahun latihan dalam PALAPES. Sebelum keluar baris, sekali lagi kami memberi tabik hormat dengan senjata kepada Baginda.

"Baris...Sedia !"

"Rusuk..Senjata"

"Hormat Diraja..Hormat senjata "

Waktu ni..memang betul-betul terasa meremang bulu roma. Tambah pula ketika lagu Negaraku dimainkan. Tah macam mana, tiba-tiba air mataku mengalir. Huhu..sentimental betul..Nasib baik tak banyak yang mengalir. Mungkin sebab saya ini anak tentera. Semangat ayah saya tetap saya bawak sampai bila-bila.. Lagu Negaraku juga mengingatkan saya semasa ayah saya ditugaskan ke Somalia pada tahun 1994. Masa tu kecik lagi..Tak tahu apa-apa pun. Bila orang tanya, saya jawab..

"Abah tak de..Abah pergi Somalia.."

Pernah sekali cikgu kelas tanya pada saya,

"Awak sedih tak bila ayah awak pergi Somalia?"

Saya jawab.. "Entah..biasa je"

Yelah, masa tu baru darjah 1. Mana tahu apa-apa. Ingat nak main jer..Tambah pulak masa sedara mara nak hantar ayah saya, saya leka bermain. Mak pulak tengah sedih masa tu..Yelah, isteri mana tak sedih kalau suami pergi ke negara orang yang sedang berperang. Betul tak? Memang waktu tu tengah krisis teruk, Somalia antara negara yang sedang berperang selepas Bosnia.

Tapi lepas tu, saya terasa yang ayah saya tiada dirumah. Kalau tak silap saya, hampir 6 bulan ayah saya berada di sana. Sebab tu bila menyanyikan lagu Negaraku, saya teringat peristiwa tersebut. Hanya terasa sedih dan pilu kerana seorang ayah pergi ke negara orang kerana ingin berbakti kepada negara. Semuanya atas tugas dan perintah.

"Ye Tuan..saya menurut perintah!"


Saya bangga mempunyai ayah macam nie..

Anda bagaimana?



Read More..

Kisah di UTM,Skudai 3

Filed under: by:
Share

Salam semua..

Adeiyh....penatnya hari nie. Asyik ulang alik je ke fakulti. Banyak betul urusan bila nak add subject. Huhu.. Tak pe-tak pe, hari nie saya nak sambung sikit cerita semasa Hari Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES di UTM,Skudai.

Kalau sebelum nie saya bercerita aktivti sepanjang 2 minggu sebelum hari sebenar, sekarang nie saya sambung semula cerita hari tu yer..

Kalau diikutkan hari-hari latihan sebelum nie, masa awal-awal pagi ke tandas tu kejap jer..Tapi masa hari sebenar, tah kenapa saya rasa saya lah paling lama di tandas..Huhu.. ( Faham-faham je la ). Maybe sebab nervous sangat kot. Jangan marah ye kawan-kawan kalau menunggu lama turn kat depan pintu tandas.. sengihnampakgigi

Waktu masa tu pukul 5.15 pagi..

"Wei Senior, cepatlah ambil senjata"

Haha...siapa tak kenal suara tu kalau bukan AJK Senjata kami, Khairwan. Pagi-pagi buta dah bising sebab ramai tak ambil senjata lagi. Yang tak tahan tu, pukul 4.30 pagi dah ketuk pintu bilik !!

Hampeh betul..buat terkejut jer. Tapi layan balik tido.Hehe..pukul 4.50 pagi baru bangun semula. Bila dah bersiap-siap, terus pakai sweater untuk ambil senjata. Kemudian, pergi makan di kawasan luar asrama kita orang.

Huhu..sarapan pagi nie agak berbeza, sebab sebelum nie juz minum air teh O halia. Entah kenapa pagi nie dia orang sediakan air milo. Aduuhh....Kacau la macam nie. Kaw-kaw jugak milo dia. Saya hanya minum sikit sahaja sebab takut perut memulas. Fuuhh..tak dapat nak bayangkan bagaimanalah kalau perut memulas semasa perbarisan. Sedih tu tak dapat nak join perbarisan. 2 minggu berlatih pagi dan petang, tapi last-last tak dapat masuk.Huhu..

Namun, saya tetap bersyukur sebab masih diberi kekuatan untuk meneruskan saat-saat akhir UTM, Skudai. Bukan calang-calang orang boleh masuk perbarisan di padang kawad, tambah pulak yang datang memeriksa perbarisan dari golongan Diraja dan pegawai-pegawai tinggi dalam angkatan tentera. Alhamdulillah...Bila tengok dalam TV tu macam best jer. Cantik je dia orang berbaris. Lurus dan segak..

Ok, sambung yang tadi yer..Jam 0600,haha..terikut gaya waktu tentera la pulak. Maksudnya pukul 6 pagi la tu. Tayar bas dah bergolek, dengan kata lain bas dah bergerak ke padang kawad. Apabila tiba di kawasan parking bas, memang tak sangka ramai ibubapa yang hadir. Yang kesiannya dia orang kena parking jauh, sebab jalan dah tutup. Kesian makcik dan pakcik yang jalan jauh-jauh semata-mata nak tengok anak mereka di padang kawad. Kepada pihak UTM, lain kali buat tempat parking besar-besar yer kat kawasan padang kawad tu. Senang kalau orang nak datang. Tak lah kena berjalan jauh-jauh. Ibubapa saya pula terpaksa parking di tasik UTM. Perrghh..Jauh tu. Cian mak ngan abah..

Turun sahaja dari bas, masing-masing buat persiapan yang terakhir. Ada yang lap senjata, ada yang check pakaian, macam-macam lah. Yang seronoknya, saya dah ubahsuai sikit pada senjata saya. Nak tahu saya buat apa? Hehe, saya ada tampal selefon tape hitam pada liang buang dan di pajera hadapan. Alah..kawasan yang berkarat tu.Huhu..tak sanggup saya nak kena karat lagi. Memang dari jauh takkan nampak selefon tape hitam tersebut. Kawan-kawan yang lain habis berkarat baju. Itu belum masuk padang kawad lagi tu. Sori lah kawan-kawan, den dah pasang siap-siap masa sebelum turun makan lagi. Sebab tu tak risau sangat bila nak rusuk senjata.

Dah ready semua sekali, kami pergi ke kawasan berkumpul di hadapan Rumah Alumni UTM, masa nie memang berkobar-kobar. 3 tahun latihan, inilah kemuncaknya. Memang saya dah lama mengimpikan situasi macam nie. Tak lama selepas tu, kedengaran suara..

"Baris...Baris..Sedia !!"

Alahai, sayup-sayup je suara. Kita orang yang tak ready apa-apa nie berdiri diam je la. Sedia tu..Tak leh gerak-gerak. Hehe..selepas dapat hukuman ke kanan pusing, semua pusing dengan cergas. Kedengaran pasukan pancaragam menjalankan tugas mereka. Lagu dimainkan sambil diiringi alunan drum.

"Dum..Dum..Dum.."

Setiap "dum" tu adalah sama dengan pergerakan kaki kita. Yelah, mana boleh cakap kuat-kuat, "kiri kanan kiri". Masa nie juz sebut dalam hati je. Masing-masing berjalan dengan lagak dan sombong. Kaki pacak, tangan paras, lenggang sampai habis. Itu yang sentiasa kena ingat semasa berkawad. Tapi..dalam semangat kami nak masuk padang kawad, lain pula yang jadi. Paling memalukan apabila kami belok ke kanan untuk masuk ke padang kawad, semuanya HANCUR !! nangih

Arrghh.. TIDAK..kenapa jadi begini. Bukan kami sahaja, dari barisan depan lagi dah silap. Kesannya sampailah ke kontinjen yang kedua. Malunya..dah la ramai orang tengok. Apabila nak masuk, HANCUR !! Tangan tak sama..kaki tak sama. Orang di depan saya asyik melompat-lompat nak betulkan kaki dia. Nasib baiklah saya sempat jeling barisan yang mula-mula masuk, sambil dalam hati menyebut "kiri kanan kiri"..Kalau tak, dengan saya sekali ketara salah step masa nak masuk.

Apabila dah masuk, masing-masing tak puas hati. Bengang..Marah..Dalam hati tak perlu cakap la. Semua "kata-kata indah" sentiasa bermain dibibir. Malang betul nasib kita orang. masa latihan 2 minggu tak pernah jadi macam nie. Kemudian, acara diteruskan seperti biasa. Ke kanan lurus, pandang depan dan sedia. Tunggulah sampai ketibaan VIP. Masa nie pasukan pancaragam dah mula bermain lagunya..Alahai..mendayu-dayu lagunya. Nie yang buat mengantuk nie. rindu

Dalam masa menunggu tu, tiba-tiba komanden bagi hukuman.

"Baris...Baris..Sedia !!"

Ah sudah..kenapa pulak nie. Tiba-tiba je bagi hukuman. Masa latihan tak ada pula hukuman tu. Masing-masing cuba memasang telinga. Pelik..Biasanya hukuman macam tu hanya diberi jika cuaca buruk. Contohnya hujan lebat, jadi kami takkan ada perbarisan pagi dan terus ke dewan watikah. Cuma yang peliknya, pagi tu cerah. Cuaca baik cuma terasa yang matahari naik agak awal pada hari tersebut. Dalam fikiran saya fikir satu sahaja,

"Ini mesti nak keluar baris"

Tapi atas alasan apa? Arghh...jangan fikir banyak-banyak, ikut je arahan ketua. Mula-mula komanden bagi hukuman tak jelas dan salah.

"Bergerak ke kiri bertiga-tiga..ke kanan..."

Fuhh..

Nasib baik tiada yang ikut. Dan komanden pun perasan yang dia salah bagi hukuman lalu dia tak sambung ayat selepas tu. Kalau tak, nampak cacatlah dalam perbarisan tersebut.

"Bergerak ke kiri bertiga-tiga..ke kiri.. pusing"

"Kontinjen nombor 1..dari kanan cepat jalan"

Kami pun berjalan keluar ke tempat menunggu tadi. Masing-masing mengeluh sebab nak jalan keluar pun masih lagi ada yang salah. Yang pasti, UTHM depan kami kawad tak betul. Laju sangat..Kami yang hampir-hampir terikut terus abaikan mereka dan follow group dari Unimap di depan UTHM.

Fuuhh..Nak rehat sat. Nanti sambung yer..hehe..Jangan marah..



Read More..

Kisah di UTM,Skudai 2

Filed under: by:
Share

Salam semua..

Sori sangat2 sebab tak dapat nak update blog nie selama seminggu. Buat pengetahuan semua, saya baru balik dari bercuti di Sabah pada hari Sabtu lepas ( 4 julai 2009 ) dan sekarang nie dah masuk UPSI semula. Kejap je rasanya dapat bercuti kat rumah. nangih

Oklah, demi menunaikan janji saya sebelum ni, saya akan sambung balik cerita di UTM, Skudai dan selepas tu saya akan sambung pula cerita bercuti di Sabah...Amacam? Nak dengar tak? peace

Kalau sebelum nie saya bercerita tentang aktiviti minggu pertama di UTM, kali nie pula saya akan cerita pula apa yang berlaku sepanjang sisa-sisa 2 minggu yang terakhir di sana..Huhu..azab tu 2 minggu. Nak tahu kenapa? Sebabnya, selama 2 minggu nie la kami kena berkawad untuk pentauliahan nanti. Dari pagi sampailah ke petang..Malam pula latihan watikah.Adeiyh...sampai satu tahap tu, saya rasa macam nak tercabut je kaki nie. Mana taknya, orang lain berkawad sedap je bunyi, yang saya pula macam tak "berlagu" langsung. Ladam pada kasut kawad pulak dah hancur, kalau berjalan tu memang serupalah dengan pakai kasut spike. Senyap je... blur

Apa yang menarik sepanjang 2 minggu nie, orang kat sana lebih gemar panggil kami dengan panggilan "cikgu"..Haha, bakal cikgu la katakan. Tapi yang tak tahan tu, RSM dari UKM selalu je sebut-sebut nama kami kat padang kawad. Dah la guna mikrofon, satu padang kawad dengar.

"Ko nie cikgu, ko kawad la betul-betul. Aku tahulah ko tak ada RSM"...

Pergh !! Pedih beb bila dengar macam tu. bising Tapi layan je lah..yang paling banyak kena tegur geng kami adalah dari kontinjen ke 2. Kat padang kawad tu ada 2 kontinjen. Kontinjen pertama di barisan hadapan, manakala kontinjen kedua di barisan belakang. Kebiasaannya, kontinjen pertama nie adalah dari geng-geng budak yang masuk pertandingan kawad. So, nak kata mantap tu boleh la..Haha.. ( mentang-mentanglah saya masuk geng budak kawad.. celebrate ). Latihan demi latihan..sampailah beberapa hari sebelum hari kejadian sebenar. Dalam hati saya nie memang risau, sebab dah banyak kali latihan ada saje tak kena. Kadang-kadang tu geram juga pada member-member nie, saya nie dah la duduk belakang ( barisan ke 3 ), kalau nak belok kiri tu memang azab. Tambah pula kalau perlahan jalan. Orang dibarisan hadapan ok, sebab hanya buka langkah kecik sahaja, tapi bagi kami yang berada dibarisan ke 3, kenalah buka langkah seluas-luasnya untuk cover balik barisan supaya sama semula. Yang geram tu, ada la mamat dan minah sorang nie buat tak reti je, kita orang dari belakang dah tegur supaya langkah besar dan cepat sikit, tapi tak juga menjadi. Huhu..sakit otot-otot nie nak mengejar semula. tension

Kemudian, 5 hari sebelum hari sebenar (15 Jun 2009 )..Kami ada raptai penuh dengan Pengarah Latihan Tentera Darat ( PLTD ), haha...Time nie la nak merasa pakai baju no 1. Bagi sesiapa tak tahu macam mana baju nombor 1 tu, meh tengok kat sini. Kalau kat kampung den dia panggil one dress..Hehe...jangan marah..


Pakaian masa raptai tersebut adalah 100% sama seperti mana pakaian yang bakal kami pakai pada hari sebenar. Memang terasa lah "aura" semasa pakai baju nie. Yela, mahal tu baju nie. Sekali dengan pakaian mess kit, semuanya hampir RM 1500 !! hah

Nak dijadikan cerita, masa raptai tu..saya tak sedar pada bahagian liang buang senjata M16, terdapat karat dibahagian tersebut...Arrghh !! Habis lengan baju no 1 saya. Banyak pulak tu kesan karat. Tapi nasib baik member-member bagitahu yang baju nie akan dihantar ke dobi semula sebelum hari sebenar..Fuuhh...Lega hati den.. sengihnampakgigi

Raptai tersebut berjalan dengan lancar, cuma biasalah sikit-sikit si RSM UKM asyik membebel je..bising Huhu..Dalam askar nie, bak kata orang..bila orang membebel dah lali dibuatnya. Sebab tu tak guna kalau korang semua membebel dengan askar nie. Buek habis bogheh jo !! Hehe...Ok lah, rasanya cukup kot saya cerita tentang latihan sebelum hari sebenar. Actually banyak lagi, tapi saya skip la mana yang tak penting ye..Sebab mato den nie dah boghek nie. Katil pula asyik memanggil-manggil. Hehe...Kita sambung nanti yer.. Bye-bye..




Read More..

Kisah di UTM,Skudai 1

Filed under: by:
Share

Salam semua..


Hah..Hari ni saya nak sambung balik cerita semasa latihan di UTM,Skudai. Selepas sahaja balik dari latihan menembak di Gurun,Kedah. Semua senior tidak dibenarkan balik ke kampung masing-masing. Almaklumlah, masa tu ada lagi 5 hari sebelum persiapan ke UTM,Skudai. Habis plan saya, ingatkan nak balik kejap sebelum ke UTM,Skudai. Tapi masa tu lebih banyak kepada hal-hal pentadbiran dan juga kawad pada sebelah pagi dan malamnya. Nak tak nak kenalah ikut arahan. Bak kata pepatah, "Saya menurut perintah".

Ok, kita sambung balik cerita tadi. Pergerakan ke UTM, Skudai pada waktu selepas Asar, 30 Mei 2009 dengan menaiki 5 buah bas bergerak ke sana( 3 bas UPSI dan 2 bas sekolah ). Malang betul saya dapat bas sekolah, dah la tempat letak barang bawah bas kecik. Semua kotak yang berisi barang-barang pentauliahan terpaksa dibawa masuk sekali ke dalam bas. Sempit tu tak perlu cakap la..Huhu..

Masuk sahaja dalam bas, haha..Macam biasalah, semua duduk membuta. Lama pulak tu perjalanan. Juz berhenti sekali sahaja untuk makan, itu pun tak ingat kat mana dia orang berhenti. Sebab sedar-sedar je dia orang suruh turun makan, sebelum tu kusyuk masing-masing melayan mimpi.Haha.. Lepas makan, perjalanan diteruskan kembali sampailah ke malam. Jam pulak menunjukkan pukul 11 lebih, turun sahaja dari bas, masing-masing terus mencari dan mendapatkan bilik penginapan. Penempatan kali ini disusun mengikut urutan nama dan nombor tentera. Nak tengok bilik saya tak? Jom tengok kat bawah nie, nombor bertuah tu 207 01.



Latihan di UTM, Skudai ni selama 3 minggu. Minggu pertama masing-masing sibuk dengan acara sukan. Macam-macam ada..bermula dengan sukan Futsal, bola jaring, kawad, merentas halangan dan merentas desa. Apa yang membanggakan, UPSI dapat no 2 dalam acara keseluruhan. Rekod paling baik semenjak Palapes UPSI ditubuhkan. Batch 1 dulu pun dapat nombor 3 manakala Batch 2 pula mendapat nombor 4. Yang pertama macam biasalah, tuan rumah ( UTM,Skudai ). Mana-mana pentauliahan pun macam tu..Huhu..Tahun depan kat USM pulak, so..korang mesti dah boleh jangka sape yang bakal juara kan?

Ok, kita sambung lagi. Di dewan makan pula, kami berkongsi dengan UPM. Sebelah kawasan untuk UPSI, sebelah lagi untuk UPM. Nasib baiklah saya sempat berjumpa dengan rakan sekolah lama dulu, si Najmie Ayob. Pergh...pangkat SUO ( Senior Under Officer ) beb !!. Saya nie hanya macai je..Huhu. Tak pelah, rezeki masing-masingkan? Pada 3 jun 2009 pula, kami ada pemeriksaan pakaian no 1, bak kato kampung den.. number one dress.Hehe..nasib baiklah pakaian tu muat lagi. Risau gak takut badan naik, sebab masa last check kat UPSI memang muat-muat. Siap kena tegur lagi dengan CI.Adeiyh...

Pada penghujung minggu pertama, berakhirnya acara sukan. Malam tu pula kami ada malam kebudayaan. Haha..Ini paling melucukan saya. Ada ke patut pakai baju batik warna PINK !! Arghhh...Saya BENCI PINK !! Tapi apa nak buat, itu la satu-satunya baju batik palapes yang ada. Di Dewan Sultan Iskandar, masuk-masuk je dalam dewan tu, semua skema-skema belaka. Kusyuk je..Huhu..Masa acara dah start pun sama, senyap je masing-masing kusyuk mendengar persembahan nyanyian dari universiti masing-masing. Adieyh...Last-last, kawan saya, si zulkhairi telah memecahkan kesunyian tersebut. Macam-macam lah gaya yang dia buat, yang lain apa lagi, ikutlah aksi "giler-giler". Itu yang saya kagum dengan kadet-kadet UPSI nie, semangat dia orang memang kuat. Sampaikan kadet UPSI paling menyerlah malam tu, siap menari-nari lagi kat tempat duduk. Mana lagu yang agak membosankan, kami boikot. Bangun ramai-ramai dan duduk cepat-cepat sambil pegang kepala tanda protes..Huhu..memang berani lah cikgu !! Tak kurang hebatnya dengan universiti lain, seperti UUM, kita kawanlah UUM !! Hehe..Acara paling kemuncak malam tu adalah rakan kami, Asrul Asyik telah menyanyikan lagu daripada kumpulan XPDC. Memang ROCK beb !! UPSI nie mana layan lagu mendayu-dayu. Semua layan lagu ROCK !, memang kuat betul pengaruh staf Cip Clerk. Sampaikan malam tu semua pegawai kadet lelaki @ PK naik ke atas pentas untuk menari bersama-sama penyanyi. Fuuhh..memang nak runtuh pentas malam tu. Universiti lain pun join sekaki dengan kami. Sampaikan kena tegur dengan pegawai kat bawah pentas barulah kami turun..Hehe..Jangan marah ye Tuan !

Fuhh..dah panjang nie, nanti kita sambung lagi yer..nak rehat sat..Bye-bye..




Read More..

Latihan Menembak di Gurun, Kedah

Filed under: by:
Share

Salam semua..

Baiklah..seperti mana yang telah saya janjikan, saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian kisah perjuangan diriku selama sebulan sebelum ditauliahkan sebagai leftenan muda dalam askar wataniah.

Pada 19 Mei 2009, kami sebagai main body palapes UPSI bergerak ke Gurun, Kedah. Sebelum tu, pada 18 Mei 2009, pasukan pendahulu telah bergerak lebih awal sehari untuk melaksanakan tugas-tugas pentadbiran di sana. Inilah latihan menembak kali terakhir bagi saya sebagai pegawai kadet dalam palapes upsi ni.


Perjalanan ke sana memang lama, duduk dalam bas pun asyik tido jer..huhu..
Bila sampai sahaja di Kem Hobart Gurun, Kedah masing-masing ditempatkan ke penginapan masing-masing. Haha..macam biasa lah, perempuan @ PKW tinggal kat dalam asrama, siap ada katil lagi dan kami nie lelaki @ PK juz tido berlantaikan simen. Sejuk tu... Apa-apa pun, penginapan kira memuaskan juga la. Ada kipas..(kesian bangunan sebelah tak ada kipas, siap tumpang tido bangunan aku lagi..huhu).

Latihan kali nie pun agak santai, tak rushing macam dulu. Maybe sebab latihan menembak Fasa 1 telah dilaksanakan seminggu sebelum latihan kami. Temasuklah pertandingan menembak bersama-sama staf UPSI. Huh..kalau dah nama pun pertandingan, faham-faham je la. Pentadbiran memang memenatkan. Hias tu, hias nie..Macam-macam lagi la. Tapi untuk latihan menembak Fasa 2 nie, lebih kepada senior sahaja, cuma ada la sikit-sikit junior dan intermediate yang tak terlibat dengan ROS.

Latihan menembak kali nie seronok sebab dapat menembak Mortar 60mm. Hehe..Senior Batch 2 dulu pun tak dapat merasa nak menembak Mortar nie. So, memang saya guna peluang nie sebaik yang mungkin. Buat pengetahuan anda semua, sebutir bom mortar tu pun dah berharga RM750..Perghh..Mahal beb !! Sorang dapat 2 butir bom mortar pulak tu. Kepada sesiapa yang tak tahu macam mana rupa mortar tu, meh tengok sini :




Yang nie saya ambil dari internet, cuma masa latihan kami tu tak guna kaki dan alas mortar. Juz pegang dengan tangan jer. Dan yang bawah nie pulak contoh bom mortar yang kami guna. Lebih kurang je, cuma warna berbeza :



Haha..masa mula-mula nak pegang tu, memang menggigil beb ! Mana taknya, bom hidup tu. Buatnya jatuh masa nak pegang, arwah la jawabnya semua yang berada berdekatan dengan kawasan tu. Oklah..Nanti kita sambung cerita kat UTM, Skudai pulak yer... Selamat Membaca !!


Read More..

Comments