Salam Perkenalan

Filed under: by:
Share

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, setelah sekian lama niat untuk membina blog sendiri akhirnya tercapai juga. Jadi pada hari ini ( Jumaat, 26 Jun 2009 ), maka secara rasminya saya membuka tirai blog saya iaitu blog bertemakan "Jom Bersama Saya".

Sebenarnya dah lama niat nak buat blog, tapi tak kesampaian..Ada je perkara yang sibuk hendak dilakukan. Kadang-kadang sanggup tu duduk depan laptop berjam-jam semata-mata untuk godek-godek coding laman web. Tapi bukan buat laman web peribadi pun, juz laman web alumni, forum silat dan bisnes. Kadang-kadang jelez pulak tengok kawan-kawan dah mula ada blog sendiri.

Jadi, niat yang dah lama terbuku nie akhirnya saya teruskan juga. Niat nie semakin kuat apabila saya mula menjalani Latihan Pentauliahan PALAPES kali ke-28 di UTM, Skudai. Alangkah menariknya blog saya ini, jika saya mulakan dengan peristiwa bersejarah dalam hidup saya iaitu sebagai salah seorang angkatan tentera sukarelawan di Malaysia ini.

Kepada pengunjung blog saya nie, jangan lupa tinggalkan pesanan yer..Hopefully kita dapat bertukar fikiran dalam dunia blog ini. Akhir kata, selamat melayari blog saya dan semoga ukhwah yang dibina berkekalan selamanya...Insyaallah..



1 comments:

On July 12, 2009 at 12:46 AM , din3187 said...

tahniah kerana berjaya menghasilkan blog.Hurm...hanya org yg rajin ye leh hasilkan blog.Sebabnye...proses menghasilkan mmgla senang kan..tapi proses pengisiannye itu yg kekadang ade penyakit malas.hehehe..tu yg ade blog nye sampai bersawang..like me!

 

Comments