Mengapa "Jom Bersama Saya"?

Filed under: by:
Share

Salam semua..

Mesti ramai yang tertanya-tanyakan kenapa saya pilih tema blog saya "Jom Bersama Saya"?.

Sebenarnya tema ini amat bermakna dan memberi pelbagai maksud yang universal. Namun secara objektifnya, saya ingin mengajak para pembaca blog saya supaya bersama-sama dalam berkongsi pelbagai info dan maklumat yang meluas dalam dunia internet pada masa kini. Walaupun hari-hari kita mengadap laptop tapi tidak semestinya kita mengetahui apa yang berlaku setiap hari. Dunia sekarang ini berlalu begitu pantas, macam-macam maklumat yang disiarkan diinternet setiap hari. Dunia hiburan, ekonomi, bisnes, politik, sukan dan sebagainya. Kadang-kadang kita sendiri tidak mampu untuk membaca kesemua maklumat terbaru setiap hari. Hanya berita-berita "panas" dan "sensasi" sahaja yang menarik minat masyarakat Malaysia untuk diikuti setiap hari.

Walau apa pun, saya akan cuba sebaik yang mungkin mengajak rakan-rakanku sekalian supaya Bersama Saya dalam berkongsi maklumat untuk keperluan diri kita sendiri. Saya juga akan cuba berkongsi maklumat dengan para pembaca tentang diri saya, tentang dunia perniagaan internet, dan juga dunia pendidikan. Almaklumlah...tak lama lagi nak jadi cikgu, so...kepada bakal-bakal cikgu diluar sana, jangan lupa kerjaya kita yer. Perkembangan dunia pendidikan pun kita kena ambil tahu juga.

Baiklah, teruskan bersama dengan blog saya yer. Cerita terbaru..saya akan masukkan cerita sepanjang saya menjalani latihan pentauliahan di UTM, Skudai. Nantikan kemunculannya....



0 comments:

Comments