Gerhana Matahari Esok ( 22 Julai 2009) ?

Filed under: by:
Share

Salam semua..

Baru tadi saya jalan-jalan di laman web Berita Harian. Anda tahu tak bahawa esok akan berlaku satu lagi peristiwa bersejarah iaitu Gerhana Matahari?

Namun, menurut sumber yang saya baca, gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi esok. Dan dikatakan bahawa, gerhana matahari separa itu amat sukar dicerap dengan mata kasar. Berdasarkan kiraan Skymap Pro 8, di Kuala Lumpur, waktu kemunculan gerhana matahari adalah seperti berikut:

Waktu sentuhan pertama : 8:29 AM

Waktu Puncak Gerhana: 9:07 AM

Waktu Tamat Gerhana : 9:48 AM

Menurut Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd Fairos Asillam, beliau berkata :

"Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan matahari akan ditutupi oleh bulan semasa gerhana separa itu berlaku dan kawasan Utara Semenanjung Malaysia adalah kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa"

Tambah beliau lagi, dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019.

Wah..menarik ni, boleh prepare awal-awal nak tengok kan? Itu pun kalau sempat tengok..Huhu..

Bagi mereka yang tak tahu apa itu gerhana matahari, meh sini baca definisi yang saya dapat.

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.



Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.

Macam mana? Boleh faham ker? ihikhik

Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana. Buat tau..Jangan tak buat.. peace





3 comments:

On July 22, 2009 at 7:04 AM , din3187 said...

Salam Dik,
Gerhana matahari adalah salah satu fenomena alam yg terjadi sebagai bukti kekuasaan Allah untuk hamba2NYA memikirkan kehebatan kekuasaanNYA betapa kita adalah insan yg kerdil dan digalakkan utk membuat sembahyang sunat gerhana matahari dan bertaubat atas dosa2 yg lalu kerana kita sedang melalui satu fasa perjalanan hidup yg terlalu singkat..tapi masih ramai yg terbuai oleh kenikmatan dunia yg mengasyikkan yg akhirnya membawa kemusnahan diri dan menerima azab yg berkekalan disana nanti...semoga kita tidak tergolong dari golongan yg dimurkai Allah.

 
On July 22, 2009 at 10:42 AM , din3187 said...

info yang sangat menarik.. xrugi aisumi menjengah ke blog nih.. ^_^ keep it up..

 
On July 22, 2009 at 12:15 PM , din3187 said...

Tq kak zai..memang betul apa yang kak zai cakapkan tu..insyaallah, nnt saya update info gerhana matahari dari sudut padangan islam pulak yer..

☺[ai][sUmi]☺Chan..huhu..terbelit lidah saya nak menyebut. Hehe..
thankz yer..selalu la datang ke blog saya.insyaallah, akan sentiasa diupdate dengan info terbaru..

Jangan lupa contest saya tau..masih ada peluang lagi.. :)

 

Comments