Kereta Impian Saya?

Filed under: by:
Share

Salam semua..

Hari ni UPSI dah mula cuti. Tapi tak rasa pulak nak balik rumah, sebab banyak kerja yang perlu diselesaikan. Huhu.. Harap-harap cepatlah siapkan kerja nie yer..

Tengah saya rehat-rehat tadi, saje melawat blog orang lain. Banyak citer yang menarik. Tak kurang hebatnya tentang gejala penyakit yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Apa lagi kalau bukan H1N1..Terbaru saya lihat di Berita Harian, "10 sekolah di Sabah diarah tutup"..Ya Allah, makin menjadi-jadi penyakit nie di Malaysia. Adakah ini petanda buruk yang Allah swt turunkan bala kepada hambanya? Di mana silapnya yer? Sama-samalah kita muhasabah diri kita semula..

Oklah, sedang asyik saya melawat blog orang lain, saya tertarik dengan satu blog ni. Datangnya dari saudara Robinhood. Nak tahu apa yang menariknya?

Beliau telah mengadakan contest tentang "Kereta Impian Anda". Hadiah pun menarik..Hehe..Jadi saya cubalah apa yang patut yer..

Sebut sahaja pasal kereta impian nie, sudah pasti anda akan terbayang sebuah kereta yang mewah, cantik, berkilat-kilat lagi..ye tak? peace

Jarang sekali kalau kita nak berkongsi cerita bahawa kereta impian kita adalah kereta jenis lama, macam cerita Allahyarham P. Ramlee. Haha..Buruk-buruk pun kereta tu, kuat tau. Tak macam kereta sekarang. Jenis lembut..Even dari segi fiziknya memang ada kebaikan kereta jenis lembut ni, tapi yang kita nie mana mampu kalau asyik kemek je kan?

Oklah, berbalik kepada tajuk kita tadi..Emm...Apa yer kereta impian saya? Yelah, asyik bertukar jer..Hehe..Jangan marah yer saudara Robinhood, banyak kereta pilihan sebenarnya.

Tapi buat masa nie, saya amat meminati kereta jenis BMW 7 Series M Sport. Pantang tengok kalau kereta nie berada di atas jalan raya, mesti tak berkelip mata melihatnya..Haa..Nak tahu macam mana rupa kereta tu, meh tengok kat bawah nie. Siap ada pandangan depan dan belakang lagi.




Macam mana? Cantik kan...mesti terliur la kalau tengok depan mata. Siap boleh betulkan rambut lagi. Berkilat....

Tapi rambut saya pendek jer.Tak perlu nak betul-betul lagi..huhu..

Ini pula adalah pandangan dalam kereta tersebut..


Cantiknya..Dekat stering sahaja dah ada banyak fungsinya tersendiri.Memang nampak mewah..Barulah padan dengan orang yang menulis nie kan.. kenyit

Haa...yang ni pula tayar kereta + sport rim. Fuuhh..memang gah nama BMW kat tengah-tengah tayar kan? Anda jangan terkejut, sebelah tayar tu jer dah nak hampir sama dengan gaji anda. hah

Perrgh...Itu baru sebelah tayar..Lagi 3 tayar?


Kita pergi pula kepada gambar dibahagian tempat duduk.


Macam mana? Nampak simple je kan? tapi cantik..Mesti selesa kalau dapat duduk dalam kereta tu. Kereta mahal la katakan. Bukan macam kereta biasa. Ye tak? Peralatan dalaman pun dah cukup menyejukkan mata kita.

Jadi kepada En Robinhood, itulah kereta impian saya. Dapat atau tak, belum tahu lagi..Insyallah, kalau ada rezeki tak ke mana kan?


BMW 7-series M Sport...Tunggu tau.. peluk


10 comments:

On July 30, 2009 at 5:05 PM , din3187 said...

IPGM Ilmu khas da cuti.. tolong...

 
On July 30, 2009 at 5:19 PM , din3187 said...

h1n1 ni maybe jd bencana bsr kt dunia kut...
waahhh.. mmg smart gile BMW nie...mewah abes... mcm nk sertai jugak contest nie tp byk sgt kete idaman... haha...

 
On July 30, 2009 at 5:22 PM , din3187 said...

ala..pilih je yang mana satu awak berkenan..cuba lah, mana tahu ada rezeki kan?

 
On July 30, 2009 at 7:41 PM , din3187 said...

ehem, tu bro gambaq stereng belah kiri.. kalo ada yg kanan lg cun.. hehehhee..
btw, bmw mewah sangat.. tak remaja la nt.. hikhik

 
On July 30, 2009 at 8:38 PM , din3187 said...

amboi...hebatnye kereta idaman die..:)

 
On July 30, 2009 at 9:19 PM , din3187 said...

hehe...mestilah hebat..nama pun kereta idaman kan?

Bro Luth..puas cari gambar yang sebelah kanan..tapi tak jumpa la.. :D

 
On July 30, 2009 at 10:58 PM , din3187 said...

hmm..rasa2nya sampai mati pun akak tak merasala..cukupla dengan sebuah keta buruk kat umah yg dah banyak berjasa kat akak dan family selama nie..nnti ada keta besar, hidung besar plak..hehehe

 
On July 31, 2009 at 12:17 AM , din3187 said...

hehe...tak pe kak..yang penting ada impian kan? kalau ada rezeki alhamdulillah..

 
On July 31, 2009 at 6:35 PM , din3187 said...

Suda Di Reviews~
Minat Gak BMW Neh..
tp Mahal Terlampau Neh...
HuhuhuHuHuHU

 
On August 3, 2009 at 5:28 PM , din3187 said...

Review Kali Ke-2

 

Comments