Tahniah kepada Pesilat UPSI

Filed under: by:
Share

Salam semua..

Maaf dah lama tak update..baru-baru ni saya pergi Sarawak tau. Ada pertandingan Silat Cekak Hanafi di sana. Alhamdulillah, ada rezeki juga pergi Sarawak yer..

Kami bertolak dari UPSI pada khamis malam jumaat ( 13 Ogos 2009 ), sampai airport LCCT nak dekat tengah malam..mula-mula plan nak tidur ajer kat airport sebab flight pada pukul 7.10 pagi. Tapi bila dah sampai sana, tak jadi nak tidur. Borak..Borak..Borak..sampailah ke Subuh. Tambah pulak apabila dah minum air kopi..Fuuhhh...betul-betul KAW air kopi dia !!

Seramai 15 orang wakil dari UPSI ke Sarawak kali ini. Banyak betul dugaan nak ke sana. Tambah pulak 100% menggunakan duit kami sendiri.Huhu..nasib baik dah stand by awal-awal duit nak ke sana. Penyertaan wajadiri kali ini adalah penyertaan ke 3 dalam hidup saya. Pertama pada tahun 2006 di UPM dan kali kedua di MMU, Cyberjaya pada tahun 2007. Pada tahun 2008, kami tidak dapat menghantar wakil ke UTM, skudai..memang sedih sangat masa tu. Last-last minit cancel ke UTM, skudai. Tak pelah..maybe tak de rezeki masa tu..

Apabila dengar je wajadiri tahun ini di Sarawak, saya rasa seronok sangat..1st, mesti lah dapat jalan-jalan ke seberang laut. Bukan selalu dapat ke Sarawak. Yang kedua, saya ada MISI saya sendiri..MISI DENDAM yang disimpan selama setahun..Huhu..

Bukan apa, teringat semasa pertandingan di MMU, Cyberjaya. Masa tu acara 5 serang 1 kreatif dan saya adalah HERO group tersebut. Memang malang nasib saya kerana acara tersebut adalah acara terakhir dan semua penonton bertumpu 100% pada acara tersebut. Perasaan mengambil buah tanpa serangan adalah perkara yang paling memalukan masa tu..Yelah, orang tak serang lagi dari belakang, Tiba-tiba saya dah ambil buah. Huhu..

Tapi takpelah..itu semua pengajaran kan? Sebab itu saya nak tebus kesalahan saya dahulu di Sarawak untuk kali ini. Pada tahun nie pulak, saya hanya ambil 3 acara sahaja..

~ Umum senjata ( Hero )
~ Sepasang Pisau ( Hero )
~ 5 serang 1 kreatif ( Krew )

Alhamdulillah..ada rezeki untuk ketiga-tiga acara yang saya masuk..

~ Umum senjata ( Gangsa )
~ Sepasang Pisau ( Gangsa )
~ 5 serang 1 kreatif ( Emas )


Teringat kata-kata Kak Rin semasa saya kecewa di MMU dulu..

"Ala..jangan la sedih..akak dulu mula-mula masuk wajadiri pun tak menang apa-apa. Kali ke 3 akak masuk baru dapat pingat"

Fuhh...bila sebut je kali ke 3..terus semangat saya dibuatnya. MISI saya di Sarawak PERLU dilaksanakan !!

Memang seronok tak terkata apabila menang dalam semua acara yang saya masuk. Yelah, sepanjang UPSI menghantar wakil ke wajadiri,belum ada lagi peserta lelaki yang menang. Lebih memeranjatkan saya apabila kami dapat gangsa dalam acara sepasang pisau. Memang saya dan kawan saya (mamin) tidak menjangka kami menang dalam acara tersebut sebab saingan dari IPTA yang lain hebat-hebat belaka. Tambah pulak, 80% peserta UPSI kali ini 1st time masuk wajadiri. Jadi, mereka tak tahu lagi bagaimana gambaran pertandingan tersebut. Rasa gugup, gementar, macam-macam lagi lah..semuanya ada. Tapi yang paling penting, apabila dah masuk sahaja ke gelanggang pertandingan, dah tak ingat apa-apa lagi dah. Semangat nak buat buah pun rasa berkobar-kobar.


Selain daripada tu..saya sempat berjumpa dengan Abg Shahril sebelum perjalanan pulang ke airport kuching. Lepas sahaja bergambar dengan Abg Shahril, kami berpeluk antara satu sama lain..kemudian, Abg Shahril menyampaikan "sesuatu" kepada saya..Waktu tu saya sendiri terkejut..

"Tahniah abg ucapkan pada kau sebab masih bersama dengan silat ini sampai hari ini. Apa yang kau buat sekarang ini perlu kau pertahankan. Abg nak kau teruskan perjuangan silat ini selagi kau mampu. Silat ini juga adalah penghubung antara guru dan ibubapa dalam hidup kita.."

Ya Allah...entah kenapa, tiba-tiba air mata saya hampir mengalir masa tu. Segan juga sebab ada beberapa orang perasan saya masa tu. Banyak lagi kata-kata abg shahril..cuma saya terpaksa rahsiakan di sini..memang betul kata-kata abg shahril. Bukan senang nak pertahankan silat ini . Lebih-lebih lagi banyak krisis yang dah berlaku. Saya bersyukur kerana masih diberi kekuatan untuk bersama-sama dengan silat ini. Kalau dulu saya hanya belajar sahaja, tetapi apabila dah menjadi pembantu tenaga pengajar di UPSI..baru saya tahu bagaimana perasaaan apabila kita mengajar orang. Satu perasaan yang sukar untuk diceritakan apabila kita semakin lupa tentang silat ini. Kerana melalui silat inilah saya mengenal guru yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Walaupun dah 3 tahun tak berjumpa dengan abg shahril, dia tetap memberi nasihat kepada saya di Sarawak tempoh hari. Kata-katanya agak sinis tetapi penuh makna. Mungkin kerana saya alpa ketika itu, tetapi kata-katanya akan tetap saya ingat sampai bila-bila..

Buat peserta UPSI yang berjaya tempoh hari..Tahniah juga kepada anda semua. Tanpa semangat anda semua, mungkin kita tak kan kecapi apa yang kita dapat hari ini. Tapi yang penting, saya kagum dengan semangat anda semua walaupun tiada pengalaman sebelum ini dalam pertandingan wajadiri. Memang betul kata orang..kalau kita semangat untuk lakukan sesuatu, insya Allah..perkara tersebut dapat dilaksanakan sebaik yang mungkin.





Video acara Umum Senjata


Video 5 serang 1 kreatif

Jom tengok koleksi gambar wajadiri Sarawak DI SINI

8 comments:

On August 19, 2009 at 3:27 PM , din3187 said...

tu je ke pengalaman yang nak dikongsi..cerita la pengalaman sewaktu mula nak gerak dari UPSI sehinggalah sampai ke UPSI semula..
mane la tau pengalaman tu akan berjaya mempengaruhi pembaca yang lain untuk rasa sendiri suasana kat sarawak tu...

 
On August 19, 2009 at 3:32 PM , din3187 said...

hehe..insyaallah..kalau ada masa saya tulis yer.. :D

 
On August 19, 2009 at 6:04 PM , din3187 said...

ada facebook. ramai member2 silat kat sane, gambar pun banyak...nak gak tengok gambar dari member2 yg lain.

apapun, tahniah atas kejayaan tuan n upsi.....teruskan bersama Guru Utama

 
On August 20, 2009 at 5:17 AM , din3187 said...

Jom ramai2 tengok video skuad wajadiri UPSI di Sarawak.. :)

 
On August 20, 2009 at 10:25 AM , din3187 said...

hahaha...ingat pula ada org tanya kat sarawak ada jual top upker x?
1 lagi btul ker kat sarawak ni ada org akan sumpit klu kita jalan malam..wawawa

 
On August 20, 2009 at 11:50 PM , din3187 said...

TAHNIAH...... TERUSKAN PERJUANGAN

 
On August 26, 2009 at 12:24 PM , din3187 said...

cgrat, pengubat duka lama.

berkat usaha.

pening sket jap t___t

 
On August 26, 2009 at 12:30 PM , din3187 said...

terima kasih...insyaallah..jumpa wajadiri kat Kedah tahun depan.. :)

 

Comments